No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 5 Disember 2012

Waterlily progress after approx. 2 weeks

Masa bawa balik daun-daunnya semua dah nak botak atau dah reput dah.
 Waterlily snowball baru tukang kebun transplant semalam ke dalam pasu setelah duduk lama dalam baldi kena hujan setiap hari sampai dah 3 kali ganda besar dari saiz asal. Cepat pula tumbuh daunnya duduk dalam baldi tu terapung-apung sementara waktu sebab kelihatan dah ada jentik-jentik di dalamnya tukang kebun rajinkan diri pindahkan semalam nak buang air yang ada anak nyamuk tu.
 Semoga bahagia di tempat baru ya waterlily. Pakai tanah yang dikorek dari kolam terbiar belakang rumah dengan harapan sesuai dengannya sebab nak save budget. Harap-harap big boss balik esok tak perasan nanti kena marah kolam belakang boleh akibatkan tanah runtuh.
 Ini akar pokok waterlily (yellow lemon) yang pertama kali tukang kebun tanam masa awal balik sebab takut habis nyawanya sebab dah tiada daun lagi masa tu dan muncung pucuk akar seakan lembik-lembik sahaja. Seronoknya bila intai semalam ada daun-daun kecil baru dah mula naik ke permukaan air.
Yang waterlily bunganya warna apricot tukang kebun tanam di bawah pokok durian (bayang-bayang pokok durian yang tak berapa nak berbuah). Tanah kami ini tak perlu gali dalam air dah mencurah-curah nak buat perigi sebab bekas sawah, itu agaknya akar pokok durian tak suka. Pokok waterlily ini senang hati tukang kebun lihat bulat-bulat dan makin gemuk daunnya.
 Syukur cepat progress waterlily ini hidup di cuaca sini.

2 ulasan:

Nudabuffy berkata...

tak sabar nak tengok bunga dia.. daun je dah comel

TukangKebun berkata...

Tukang kebun pun tak sabar-sabar ni. Moga-moga tahun depan nak berbunga.