No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 13 Ogos 2013

Blood Lily Kak Ros

  Pulang dari Kuala Terengganu sudah tengah malam jadi dah tak nampak apa-apa. Keesokkan paginya pun masih malas-malas rasa nak meninjau sekitar kebun, tetapi tiba-tiba kelihatan semarak warna merah di celah-celah kawasan yang baru sahaja dibuka untuk menanam pokok-pokok bunga hiasan dengan selitan pokok yang hasilnya boleh dimakan mestilah teruja nak spot check. Wah rupanya kepulangan balik ke Kebun Bahagia Bersama disambut dengan Bunga Blood Lily pemberian dari Kak Ros yang menetap di Jasin, Melaka. Badan yang masih penat terus rasa bertenaga melihat bawang Blood Lily yang ditanam bulan Jun lepas sudah berbunga, barulah ada mood nak round kebun yang kering kontang. Terima kasih Kak Ros.
 Bawang bunga blood lily pemberian Kak Ros sebelum tukang kebun tanam. Walaupun tiba-tiba penghantaran antara kami berdua pada ketika itu, kami berdua terpaksa mengirimnya 2 kali baru selamat terima. Syukur Alhamdulillah walaupun kami hanya berkenalan di ruangan Cyber ini masih baru lagi, belum berjumpa tapi makin terasa seperti sudah lama berkenalan. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta berkongsi pengalaman untuk ibu yang anaknya masih kecil-kecil lagi.
 Bulan Ramadhan pula, Kak Ros berkongsi ubi keladi mawar untuk tanam.  Sebenarnya, lepas tukang kebun tanam ubi keladi mawar terlupa nak siram sampai lepas raya. Nasib baik ada rezeki bila pusing semalam tengok dah tumbuh daun lebar dah. Terima Kasih Daun Keladi ya Kak Ros, InsyaAllah kalau dapat hasil nanti kami cuba suggestion dan resepi dari Kak Ros.
 Hari Raya ke-2, our little Abby sudah pun berumur 1 tahun. Tema baju raya tahun ni warna merah pinkish sebab nenek Abby yang selalunya beli kain dan jahit baju-baju anak-anak dan cucu-cucu.  Atuk belanja kain-kain tunggu di Cashier hehehe...Baju-baju sekolah dan baju kurung tukang kebun selalunya mama yang jahit sampailah sekarang. Teringat bila Kak Ros bercerita ibu selalu menyiapkan jahit baju raya anak-anak dahulu sebelum dirinya sendiri, betul kata Kak Ros.
 Semoga suatu hari nanti dapatlah kami berjumpa Kak Ros di Melaka.

12 ulasan:

@na berkata...

salam Diana, singgah beraya dgn abby jap...comei ye dia berbaju kurung merah...

Narshifa Jannat al-naim berkata...

Abby comelll!tgk muka cute mcm ni hati pun jd suka nak hulur duit raya note merah-merah juga,hihi.

suka suka berkata...

comel Abby berbaju raya... book ya bawang blood lily ya..

Ros berkata...

Salam Diana,
Akak baru baca entry Diana, syukur blood lily tu dah berbunga. Comelnya Abby berbaju kurung...

Sharing is caring....
Kak Ros, Jasin

TukangKebun berkata...

Salam ana,
Tahun ni Abby murah rezeki banyak baju raya dihadiahkan.

TukangKebun berkata...

Sebelah atas mata kiri Abby bertanda merangkak laju tersembam.

TukangKebun berkata...

Baik tanya Kak Ros lebih cepat Kak Mar, Diana tanam baru je hidup hehehe....

TukangKebun berkata...

Salam Kak Ros.

Terima kasih berkongsi. Nasib menjadi juga Diana tanam. Lagi satu pun dah menunjuk nak kembang juga.

Abdul Razak berkata...

salam . Diana Ada jual Bulbs Blood Lily ker?

TukangKebun berkata...

Salam Abdul Razak.

Sorry at the moment tidak.
Maybe Kak Ros boleh bekalkan nanti saya risik.

Julie22 berkata...

Salam Kak Diana, bloody lily ni dh ada bulbs utk djual?

TukangKebun berkata...

Dear Julie.

Mungkin lama lagi kut. Cita-cita tukang kebun pun nak kumpul bulbnya dahulu perbanyakkan selit sini di Kebun Bahagia Bersama.