No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 13 Ogos 2013

Cekur Purple Eila Sepang

 Sebelum bertolak pulang ke kampung beloved husband pada sebelah pagi sedang tukang kebun selesaikan projek propagation bunga sedap malam (Night jasmine @ Cestrum nocturnum) ternampak dalam pasu berdekatan ada bunga warna purple. Rupa-rupanya rizom cekur ungu pemberian Eila dari Sepang sudah menghasilkan bunga dan daun-daunnya pun dah makin banyak. Terima kasih banyak-banyak Eila berkongsi dengan tukang kebun bukan hanya cekur ungu sahaja sudah berbunga, cekur jenis lagi satu pun pemberian Eila juga telah berbunga. 
 Seronok sungguh tukang kebun terima parcel dari Eila pelbagai jenis herba-herba tradisional dikongsikan bersama tukang kebun. Serai wangi Eila pun sudah beranak pinak. Temu Pauh yang Eila beri terduduk bawah hutan rimba roselle tukang kebun, InsyaAllah bila cuaca dah tak panas nanti ingin dialihkan supaya ada menerima cahaya matahari. Banyak ilmu herba tradisional yang Eila kongsikan, InsyaAllah nanti akan dikongsikan bersama.

 Infinity Terima Kasih kepada semua sejak mulanya Kebun Bahagia Bersama bertambah kenalan kami yang berminat bersama untuk menanam. Ramai yang menghulur tangan bersalam kenal mahupun secara Cyber dan bertemu di pelbagai event memberikan semangat dan keyakinan diri untuk recover dari masalah depression. 

5 ulasan:

Sean L berkata...

Wah comelnya bunga cekur Kaempferia pulchra Diana. Dulu ada tanam kat Pg. Tapi skrg dah tak ada sebab dah simen front yard. Asal gi korek kat botanical garden. Cantik kalau dibiarkan melitupi kawasan tanah yang besar. Nanti bila bunga, macam karpet ungu.

Tanpa Nama berkata...

Waahhaa..memang cantik! Asalkan tak terima cahaya terik,warna purplenya pasti akan sentiasa cantik,kalau daunnya start kuning,jgn dibuang rizomnya..memang kitaran idupnye mcm tu..selamat hari raya diana dr eila sekeluarga :)

TukangKebun berkata...

Sean ~ Masa balik Sabah hari tu ada juga nampak dekat botanical garden, nasib baik Eila dah kongsi rizomnya kalau tak mahu ku gali juga hehehe....Thank for the idea, inipun tengah husha kawasan keliling rumah yang ada lokasi filtered light sikit mau juga buat karpet ungu. Dari ornamental plant baik tanam yang ini juga ada gunanya.

Eila~ Tukang kebun dah pasang harapan nak tunggu juga rizomnya banyak nak buat carpet ungu macam Sean suggest tu. Bila dah start hujan baru nak alihkan a couple of plants selit-selit kat tempat lain. Thank you for sharing Eila.

Sean L berkata...

Kalau ada rumput cowgrass pun takpe, they will grow through. Very hardy.Macam Eila kata, kalau hilang daun, jangan panik, nanti keluar balik macam magic!

Sean L berkata...

Here's what Stephanie had written in NST before about using it as ground cover