No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 24 September 2013

3 weeks old komatsuna

 Sayur daun Komatsuna yang biji benihnya ditabur di dalam pasu sudah berusia anggaran 3 minggu. Tumbuh rapat-rapat dan boleh dituai yang besar memberikan ruang pada yang lain untuk membesar. Pada awal pertumbuhan atau biji benih disemai kebetulan minggu tersebut hujan turun setiap petang jadi tidak perlu disiram. Tanah medium yang digunakan adalah tanah dari kawasan pembakaran bahan dari kebun digaulkan dengan tahi kambing.
 Pasu juga digunakan sebagai tapak semaian sementara seperti contoh biji benih cosmos sensation mixed yang bercambah dan tumbuh dengan pantas pada cuaca bulan September ini. Di campur dengan bekas semaian adalah untuk mengelakkan ayam dari cakar tanah keluar dari pasu. Kalau dibiarkan tanah kosong tanpa apa-apa menarik perhatian si ayam dan si kucing untuk cakar-cakar tanah yang lapang. Untuk jadikan kawasan bekas produktif dan elakkan dari tanah digali inilah salah satu helah yang tukang kebun selalu gunakan. Boleh juga menjadikan gap ruangan biji benih komatsuna disemai untuk tidak terlampau tertumpu di satu kawasan sahaja. Anak panah biru tunjuk kepada biji benih terung susu kambing yang baru sahaja bercambah.
 Percambahan terung susu kambing tidak sekata masanya tapi kesemua biji benihnya bercambah antara 1~3minggu. Anak pokok cosmos sensation mixed sudah meninggi jadi tukang kebun tukar dengan bekas semaian biji-biji benih lain. Tengah nak tunggu hujan datang kembali baru dipindahkan anak-anak pokok cosmos supaya tidak perlu dijaga selepas ditempatkan ke tempat permanent.
 Pasu duduk atas stool yang tinggi sebelah kolam, jadi kurang musuh lawat semasa pertumbuhan awalnya. Tambahan pula duduk di tempat open area, siput pun semput kalau nak menyorok.
 Tengahari nak tuai yang dah besar sikit mixed dalam mee goreng. Menu lunch simple simple sahaja sebab dengan anak-anak.

3 ulasan:

ct aju berkata...

bestnya...ct pun br semai benih komatsuna kelmarin...harap2 semua menjadi...

Avia Mishat berkata...

Salam diana..simpankan utk avia 2 pkt yer.thanks

TukangKebun berkata...

Mudah-mudahan semuanya menjadi CT.

Ada simpankan 2 pkt untuk Avia.