No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Kemunting Cina Putih

 Pokok bunga yang berasal dari Madagascar ini, bukan sekadar hiasan tetapi mempunyai kepentingan yang banyak dalam bidang perubatan untuk membantu mengurangkan atau merawat pesakit kanser beberapa jenis ataupun leukaemia. Institut Kanser Negara Malaysia menggunakan pokok bunga kemunting Cina sebagai logo mereka. Cara penggunaannya perlu berhati-hati dan lebih baik bertanya dengan pakar sebab pokok ini juga adalah toxic jika tidak dikendalikan dengan betul cara penggunaannya untuk merawat. Nasihat tukang kebun semasa menggunakan google untuk mencari info mengenai pokok bunga ini adalah menggunakan nama scientifiknya (Catharanthus roseus) supaya lebih tepat info pokok yang dicari.  Sebab ada perbezaan maklumat akan diterima jika digunakan 'periwinkle' sahaja, ada nama pokok lain yang berbeza juga menggunakan nama ini. Pokok kemunting Cina adalah 'Madagascar Periwinkle' (Catharanthus roseus). 
  Pokok bunga kemunting Cina putih ini selesa duduk dah banyak generasi di antara kolam dan pokok bottlebrush di Kebun Bahagia Bersama. Pokoknya tidak perlu dijaga ia selesa dengan pelbagai perubahan cuaca sepanjang tahun di Malaysia. Pokok bunga kemunting Cina putih ini tidak pupus di Kebun Bahagia Bersama sebab terletak di kawasan yang mesin rumput tidak dapat lalu. Walaupun di tempat asalnya dikatakan semacam dalam kategori pupus, ada negara-negara lain pokok-pokok kemunting Cina tumbuh dengan sangat mudah. Sehingga ada negara seperti Australia telah declare pokok kemunting Cina telah masuk dalam senarai weed di tempat mereka. Pokok Kemunting Cina dulu tukang kebun tak pernah pun tanam memang asal-asal ada di kebun lama Adelaide dulu dan sepanjang tahun ada je pokok-pokok volunteer Kemunting Cina tumbuh termasuklah musim sejuk. Kalau di Kebun Bahagia Bersama ni lagilah cepat beranak pinak pokoknya (self-seed readily).  Di kala musim panas kemarau bila semua pokok macam layu terkulai nyawa-nyawa ikan, pokok bunga kemunting cina masih segar bugar giat berbunga lagi. Bila pokok-pokok kemunting Cina tumbuh banyak sekelompok nampak menarik sekali.

~ Biji Benih Bunga Kemunting Cina Putih ~
1 pek anggaran 100 biji benih (RM3.00).

Tiada ulasan: