No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 24 Mei 2014

Akhirnya tahun ini merasa juga

 Generasi yang sama dengan Tukang Kebun ramai yang tak kenal kepada 2 jenis buah nadir di atas. Cuba teka apa dia? Tahun lepas musim berbuah buah yang kulit putih ada pinkish pinkish seakan sama macam tahun ini tapi tukang kebun tak sempat tuai yang tahun lepas. Tahun lepas semasa musim buahnya tukang kebun sekeluarga berada di Negeri Bawah Bayu. Bila kembali, satu biji buah pun dah tak nampak bayang. Kebetulan semalam bila diintai ada 2 biji yang dah besar sedikit. Sebelum peminat lain yang tuai dengan mudahnya di atas pokok itu, pagi tadi tukang kebun kata dekat husband mengidam sangat nak makan tolonglah ambilkan (hari ini hari melayan isteri kejap lagi keluar berdating berdua, dah 3 hari berturutkan ada orang tu balik lewat malam). Terpaksa dituai separuh masak, dari langsung tak merasa nanti.
 Bila tanam 100% cara organik memanglah diluarnya nampak 'horror'. Tapi bila dibelah, isinya elok-elok sahaja semua bahagian boleh dimakan. Kulitnya pun kami tak hiris cukup dengan cuci sahaja. Makan begitu sahaja. Dah lama tukang kebun tak makan buah ini rasanya sejak Kanak-kanak atau Remaja riang. Hari ini kali pertama Rayyan dan Abby merasa buah ini. Syukur Alhamdulillah mereka sangat suka. Anak-anak dari kecil sudah dididik tak memandang luaran buah, jadi mereka kalau nampak buah atau sayur pada luaran tak cantik pun, tak ada rasa perasaan yang nampak cantik sahaja bagus dan boleh makan. Asalkan tuaian dari hasil tangan mama atau nenek, mereka percaya itulah yang terbaik (kids when young, mimic their parents). Untuk keseronokkan makan buah ini pada Rayyan, masa mengupas, tukang kebun buat cerita buah ini zaman dinosaur T-Rex (karnivor which he did not know) banyak makan. Kalau Rayyan nak cepat besar macam T-Rex kena makan buah ni banyak-banyak.

13 ulasan:

Nani berkata...

emmm...sedapnya...
nie namanya jambu susu...dulu2 ajer selalu makan, sekarang nie dah susah nak jumpa...

kat kg, emak saya ada tanam sepokok tapi sampai sekarang tak bebuah2 lagi...berbunga ada tapi tak lekat...
sedapnya makan sambil cicah dgn garam...(melecur air liur kita nie..hihihii.)

nadia rashid berkata...

Cerita yang bagus untuk galak kan kids makan...ini sejenis jambu kan..lupa dah apa namanya

Nasa Mulia berkata...

jambu loceng dengan buah kuini kan, minggu lepas dapat makan jambu tu puas2 dengan riangnya masa bercuti ke indon..Alhamdulillah.

Normala Saad berkata...

Yang putih pinkish tu macam buah jambu keling ( panggilan kampong kakak )Bila masak rasanya masam manis. Yang belakang tu seakan pelam pauh yang harum baunya atau pun mungkin kuinin.

Seri7ujuh berkata...

Saya panggil buah ni jambu keling...tak tahu kenapa dinamakan mcm tu...buahnya sangat harum, isinya lembut, manis...pokoknya kepunyaan saudara yg tinggal di hulu sungai, bila buah masak, ia gugur dan dihanyut air. saya yg tinggal di hilir sungai jugalah yang merasa..haha...Diana ada jual benihnya kah?

Tanpa Nama berkata...

Spesis buah jambu...pernah mkn kt kmpg masa kecik2 dulu.. Betul ke?

SriKota Garden berkata...

Mada kecil selalu makan tapi sekarang ni pokoknya pun susah nak jumpa

Rini berkata...

dh lama tak merasa jambu ni. pokok pun dah byk pupus. kami panggil jambu jambak. hahaha.....

hijaudaun berkata...

saya pun panggil jambu keling. sedap, masam2 manis dan kelat sedikit kan rasanya kalau yang masih muda. rasa macam mengidam jambu ni pulak, dah lama sangat tak jumpa.^_^

Julie22 berkata...

Nampak sedaplah buah jambu ni kak :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nani,

Ya memang sedap makan sambil cicah dengan garam atau kicap dengan cili api.
Jambu-jambu nadir banyak dah susah nak jumpa sekarangkan.

Salam Bahagia Nadia,

Sampai minggu ini Rayyan masih teringat cerita itu bila kami petik beberapa buahnya last weekend.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Ya buah kuini.
Tapi bukan jambu loceng. Wah seronoknya dapat bercuti ke Indon lama.

Salam Bahagia Kak Mala,

Ia adik beradik jambu keling, anak pokoknya dibawa balik dari Sabah pemberian seorang cikgu untuk kami.
Buah Kuinin tepat sekali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nani,

Ya memang sedap makan sambil cicah dengan garam atau kicap dengan cili api.
Jambu-jambu nadir banyak dah susah nak jumpa sekarangkan.

Salam Bahagia Nadia,

Sampai minggu ini Rayyan masih teringat cerita itu bila kami petik beberapa buahnya last weekend.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Ya buah kuini.
Tapi bukan jambu loceng. Wah seronoknya dapat bercuti ke Indon lama.

Salam Bahagia Kak Mala,

Ia adik beradik jambu keling, anak pokoknya dibawa balik dari Sabah pemberian seorang cikgu untuk kami.
Buah Kuinin tepat sekali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Seri7ujuh,

Bila masak memang baunya harum jadi penarik kepada pelbagai makhluk Allah yang menyukainya. Untunglah dapat buah yang masuk hanyut :) .
Kalau ada anak pokoknya yang berlebihan InsyaAllah.

Ya spesis buah jambu ni.

Salam Bahagia SriKota Garden,

Sekarang ni memang susah nak jumpa sebab ramai yang lebih gemar menanam jenis jambu air/loceng.

Salam Bahagia Rini,

Panggil jambu jambak menarik juga. Memang dah banyak pupus ramai dah tak kenal buah ini.

Salam Bahagia HijauDaun,

Memang sedap bila masak betul. Separuh masak ada masam manis kelat tapi bila dah kempunan belasah je. Dah kena berebut dengan fan lain hehehe...

Salam Bahagia Julie,
Sedap buah ini dan baka terbang dari Sabah ini. Jambu hutan sana ;).