No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 6 Oktober 2014

Gardener Delights with Old Coconuts

  Dalam mata seorang tukang kebun ini apabila melihat stok kelapa tua yang ada: How do I fully take advantage of a whole old coconut fruit? 

 To this tukang kebun, kelapa tua itu bukanlah hanya untuk diambil isinya diparut dan diperah ambil santan. Isi yang dah tidak dipakai lagi bolehlah tabur-tabur di batas baru dan gembur-gembur bagus jadi makanan makhluk halus dalam tanah tu. Tempurung kelapanya pula boleh dibersihkan dan dibuat bekas semaian biji-biji benih seperti gambar di atas. Banyak boleh tabur biji benih berbanding dengan sebutir telur. Jimat dari nak beli tray-tray semaian plastik. Lagi kuat dari tray plastik. Nak tebuk lubang pun tak delah payah sebab kelapa tu kan kekadang ada 3 biji mata jadi kuis jelah.
  Minggu lepas pula tengok longgokan sabut kelapa di atas meja backyard kegemaran Si Gelombon berehat pada sebelah pagi. Kesian pula kalau tak dikemaskan sebab Gelombon si kucing betina warna putih inilah yang seekor rajin ronda-ronda di bahagian belakang. Kebetulan ada satu batas bendi tukang kebun plan nak cabut rumput-rumput yang dah mula nak bermaharajalela. Lepas dah kemas-kemas batas tu, tukang kebun ambil sabut-sabut kelapa tu yang mana boleh carik-carik dengan cepat susun keliling anak-anak pokok bendi mammoth. Sekurang-kurangnya kalau rumput naik pun yang ada sabut tu taklah keluar rumput. 

 Tambahan pula dapatlah nak elakkan ayam-ayam yang suka benar cakar tanah yang baru dikemaskan. Bila ada banyak rumput ayam tak kacau. Nampak je bersih nanti mulalah nak ambil kesempatan korek cari cacing. Yang duduk di perumahan pula selalu mengeluh kucing-kucing yang suka menggali tanah kosongkan. Bolehlah pakai sabut kelapa kelilingkan pada anak-anak pokok.

 CT MAR pula memberi cadangan buat Home-Made Virgin Coconut Oil (tukang kebun belum dapat buat research lagi). Biodiesel? (harga minyak pun dah naik).

  Bagi mereka yang suka berkebun, bagi 1 kelapa tua semua bahagian ada gunanya boleh dipakai.

 So at the moment, tukang kebun left it to your imagination and calculation on how much you can save with the use of an old coconut fruit.

 For example cost ; 1 pek santan; 2 seedling pots; pebbles nak tutup tanah or kayu cucuk-cucuk sate.

  Anak-anak bendi mammoth spineless yang dipindahkan ke batas ini adalah dari biji benih yang tukang kebun reject dan tabur dalam pot. Sekali naik terlampau banyak pula dari yang rejected seeds. Lepas tu tukang kebun pindahkan ke batas-batas belakang yang memang harapkan air hujan je. Itu yang tanam rapat-rapat manalah tahu ada yang RIP sebab terbiar je, sekali tengok semua masih naik sihat walfiat lagi dengan cuaca sekarang.

Jenis-jenis biji benih bendi yang ada dalam stok minggu ini:

~ Bendi Clemson Spineless (klik sini)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Mammoth Spineless (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Merah (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

Self-Collect Day Schedule Minggu ini ialah seperti berikut:

Hari Rabu 8hb Oktober 2014 dari pukul 9:00 malam hingga 9:30 malam.

Hari Sabtu 11hb Oktober 2014 dari pukul 5:30 petang hingga 6:00 petang.

2 ulasan:

Flying Bowl berkata...

Salam,
Anak pokok tu semai dlm sabut kelapa ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Flying Bowl,

Semai dalam tempurung kelapa bukan sabut.