No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 30 Oktober 2014

Zinnia Giant Dahlia Red

  Musim berbunga jenis Zinnia Giant Dahlia Red telah bermula sebelum minggu Hari Raya Haji dan benihnya kalau tak silap disemai pada awal Ogos atau penghujung Julai tahun ini. Tak jemu-jemu memandang tiap hari bulan Oktober ini dengan kecantikannya dan warnanya yang menyala dari jauh boleh nampak. Apatah lagi sekarang ni musim hujan tetapi masih dapat tukang kebun perhatikan dirinya dari kaca tingkap ruang tamu. Zinnia Giant Dahlia berwarna merah ini jenis kelopak bunganya berlapis-lapis. Masa sekuntum bunganya kembang boleh dinikmati sekurang-kurangnya 3 minggu lebih. Kemudian disusuli oleh kembangan kudup bunga yang lain jadi lamalah juga musim bunganya berterusan jika kita rajin potong bunga yang dah layu.

 Tips untuk maintain saiz Zinnia Giant Dahlia bunganya besar: Bila nampak yang bunga lama dah mula layu, cepat pangkas, nanti jika dibiarkan bunga yang nak kembang seterusnya akan makin mengecil. Cahaya yang banyak juga faktor yang penting untuk bunganya kembang cantik.
  Zinnia Giant Dahlia berwarna merah ini memang saiz bunganya besar seperti besar tapak tangan orang dewasa. Sebagai contoh gambar di bawah lihatlah saiz kuntuman bunganya berbanding dengan Tigger yang sedang berdiri di bawah pokoknya. Pokoknya juga jenis tinggi dan perlukan banyak cahaya matahari untuk menjadikan semangatnya berdiri tegak teguh. Kalau tidak akan banyak terpengsan di tanah jika kurang cahaya macam sudut gambar di bawah lebih-lebih musim hujan lebat ni. Saiz bunga pun sangat berbeza jika terlindung.

 Cosmos jenis gloria di sebelahnya pun dah mula berbunga tapi cepat-cepat dipangkas sebab nak kasi pokoknya lebih tinggi merimbun (gambar di atas). Minggu ini mula ada stok beberapa jenis zinnia kembali semula. Begitu juga dengan cosmos juga ada pelbagai pilihan baru re-stock (sekarang kalau cuaca sama dengan Kebun Bahagia Bersama mula musim paling sesuai nak cuba semai jenis species Cosmos bipinnatus).
~ Zinnia Giant Dahlia Red~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

  Daun pokok zinnia ni memanglah kesukaan Pak Belalang. Banyaklah design dibuat atas daun zinnia. Kalau sikit-sikit takpe. Nasib bunganya tidak dikacau tempat dia buat berehat je. Mentang-mentanglah zinnia ni kembang saiz besar, sedap pak belalang nak pilih tempat buat rumah masing-masing suka Zinnia Giant Dahlia lebih dari zinnia lain. Ingat dia Thumbelina agaknya. Warna Terang merah dan kuning Zinnia Giant Dahlia ini sesuai nak menyambut Tahun Baru Cina nanti. Kalau semai dalam bulan November, InsyaAllah sempat berbunga.
~ Zinnia Giant Dahlia Yellow~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00

7 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, wah cantik2 & besar2nya bunga2 zinnia kakak, menggoda sungguh! thanks utk tips tu kak, pas ni nak try tips kakak tu. thanks :)

Normala Saad berkata...

Wahh..besar dan cantik betul zinnia ni. Musim ni kak dapati agak sukar nak semai zinnia dan matahari disini.Boleh kata 90% semaian hilang dibaham siput. Color putih dan kuning dah pupus rasanya.

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams TK,

tak jemu mata memandang melihat keayuan sizinnia:)

wah dak oyen memang setia dekat taman bunga sentiasa ada kat mana-mana:):)meh possing sket muka oyen:):)

Shasrine berkata...

Zinnia yg color kuning tu cantik sgt la. Tapi x boleh tambah pokok skrg sbb balcony dah rupa hutan. Tunggu ada extra ruang baru boleh order benih pokok semula :)

nadia rashid berkata...

Diana nak 1 pek untuk kuning yer..:D
Thanks tips penjagaan...skang ni color putih pun dah ada...mungkin bercampur2 dengan benih mixed dulu...

suka suka berkata...

K Mar 1 pek ya..

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie,

Kali ini memang rasa puas hati dan bahagia dapat hasil begini. Sendiri pun tak sangka begitu besar bunganya.
Good Luck!

Dear Kak Mala,

Musim hujan ni belalang dan siput memang lapar. Itu sebabnya musim hujan ni semaian letak dekat atas tanah lapang cahaya direct jadi diorang ni tak berani nak terjah open sangat. Siput tu kalau ada tempat sembunyi memang agak sukar nak locate. Memang tukang kebun semai full sun semua. Siput pun susah nak undercover.

Dear Kak AMIIZAA,

Budak oren tu memang teman setia ikut dalam kebun sekarang belah pagi dan petang. Kalau tengahari dia dah mood siesta.

Dear Shasrine,

Musim hujan ni memang semua pokok naik cepat subur jadilah Eden. Have fun dengan yang ada sekarang :) .

Dear Nadia,

Yang putih tu mungkin yang Nadia order White Polar Bear. Tukang kebun simpankan 1 pek untuk Nadia yang Dahlia Kuning.

Dear Kak Mar,

Dah catit dalam nota.