No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 15 Disember 2014

Zinnia Yellow Canary

  Antara jenis zinnia yang mula berbunga pada bulan November lepas ialah jenis Zinnia Yellow Canary. Anak-anak pokok zinnia Yellow Canary ini yang tukang kebun pindahkan beberapa jam sebelum bertolak balik kampung untuk menyambut Raya Haji tahun ini (related posting klik sini). Corak bentuk kelopak Zinnia Yellow Canary ada perbezaan dengan Zinnia Dahlia Kuning ataupun Zinnia Cactus. Kelopak bunga Zinnia Yellow Canary adalah lebih ketara membulat pada hujungnya dan meruncing pada bahagian mencantum dengan center bunga. Kadang-kadang kalau kelopak hujung itu ada terkoyak sedikit di tengahnya nampak macam heart shape. Sekiranya ada yang tertanya apa nampak beza bunga Yellow Canary dengan jenis bunga zinnia kuning yang lain.  Saiz bunga zinnia Yellow Canary adalah dalam kelompok sederhana.
 Zinnia Yellow Canary menghasilkan pokok yang samaada bunganya multi-layer atau single-layer. Tukang kebun perhatikan kalau pokok yang bunganya menghasilkan single-layer, saiz bunganya lebih ketara besar berbanding dengan saiz bunga yang menghasilkan kelopak bunga berlapis-lapis. Zinnia Yellow Canary adalah jenis zinnia yang tahan panas. Yang batch Zinnia Yellow Canary kali ini tumbuh dalam full sun dan seumur hidupnya menerima rezeki air hujan sahaja sejak dipindahkan. Biji benih Zinnia Yellow Canary minggu ini ada stock semula hasil dari tuaian biji-biji benih baru-baru ini di Kebun Bahagia Bersama.

~ Zinnia Yellow Canary ~

Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Biji-biji benih zinnia lain yang benihnya baru sahaja dituai dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini back in stock ialah:

~ Zinnia Dahlia Red (Info klik sini) ~

Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Zinnia Dahlia Yellow ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Cantik kuning ni. Kak ada tanam aritu Bila keluar bunga ada jadi selapis dan ada jadi dua lapis.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Yellow Canary ni kelopaknya unik sikit berbanding dengan zinnia lain, membulat tak panjang meruncing.