No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 1 April 2015

KBB Roasted Spring Chicken

  Dah 2 kali weekend team members Kebun Bahagia Bersama kemaskan kawasan keliling rumah (frontyard) pula. Asyik fokus di kebun belakang yang depan dah jadi hutan simpanan nanti. Minggu depan pun rancangan kemas frontyard juga. Nanti pusing backyard semula jadi hutan simpanan. Begitulah jadinya tak putus-putus banyak benda nak dibuat dalam kebun tu. 
  
 Lagipun Sabtu lepas dah lama kami tak kemaskan ruang sudut bersebelahan carpark depan ini. Bila check balik nota rupanya sejak September lepas kami tak kemaskan ruang ini (related posting klik sini). Awal tahun 2015 rupa bunga kertas atas atap seperti Gambar No.1 dan Sabtu lepas sebelum diberikan hard-pruning Gambar No.2 . Elok juga pangkas sekarang nanti naik pucuk-pucuk baru semula biasanya peak kemarau seperti bulan June dia meriah berbunga kembali dan hopefully menceriakan suasana Raya pertengahan bulan Julai nanti. Yang nak bersenam hujung minggu ini bolehlah slash - slash pokok bunga kertas hujung minggu ini keluarkan peluh di kawasan Lembah Klang atau yang perubahan cuaca seperti Kebun Bahagia Bersama.
  Mula GST hari ini mesti dah rasa kekok membeli barang sebab nak tambah 6% lagi. Nak kena congak-congak dalam kepala semasa beli barang takut duit tak cukup pula sebab selama ni bayar duit tepat-tepat je dengan harga barang. Sepanjang duduk merantau di negara Jepun dan Australia dah biasa juga dengan GST ini tapi agak terkejut juga sebab negara kita sendiri mula-mula buat GST pun dah mula dengan angka yang tinggi 6%. Mulalah dulu sekurang-kurangnya bawah 5% nak kasi rakyat biasa dulu.
  Bermula dari hujung minggu lepas tukang kebun dah mula merancang nak gunakan stok ayam daging di Sangkar 4 yang ada sekarang untuk bekalan dapur kami. Ada beberapa ayam daging kulit botak berkudis jadi kami pilih mana kulitnya yang paling teruk untuk disembelih. Hujung minggu lepas kami sembelih 3 ekor ayam daging dari Sangkar 4. Nak kasi adjust lifestyle sekarang dengan GST 6% maka kami berjimat tak beli daging ayam bulan April ini cukup dengan bekalan stok daging ayam yang ada. Lagipun purata berat ayam daging ini ikut timbangan minggu lepas dah tak berbulu dan dikeluarkan isi-isi organ sudah 1 kilogram seekor tahap pembesaran ayam-ayam daging di Sangkar 4. Belum lagi berusia 2 bulan dan tukang kebun pun baru bela dari awal bulan March lalu dah berat bersih dagingnya 1 kilogram. 
  Nampak macam horror gelikan dengan kudis-kudis yang banyak tu. Kami pun fikir sejenak juga. Tapi lepas dearest hubby cuci kulitnya sebenarnya kudis tu boleh tanggal dengan mudah dan lepas dikeluarkan nampak macam kulit ayam normal biasa. Ilhan yang penggeli tu pun selamba je tengok tolong papa dia kuis keluar bekas kudis-kudis tu. Yang kat kedai dah siap packing tu pun siapalah tahu asal rupa macam mana kan?
  Lepas dah bersih terus kami ambil seekor peram simple sahaja dengan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serbuk cili untuk dipanggang esok dengan daun salam. Nampaknya menu bulan April ini setiap minggu bila disembelih seekor terus diperap untuk ayam panggang sebab permata-permata hati ni suka sangat.

 Pada 9 malam lebih 31hb March 2015, tukang kebun terpaksa minta dearest hubby tolong sembelihkan 2 ekor ayam daging yang nampak macam demam dah tukang kebun isolate dalam sangkar sementara. Musim mudah demam ayam sekarang dengan perubahan cuaca. Kalau tak dibuat stok cepat nanti rugi sebab dah 2 hari berterusan kelmarin dan semalam ayam daging mati. Dahlah sekarang size spring chicken daging lembut sedap dibuat ayam panggang. Lepas suami tersayang selesai kemaskan 2 ekor ayam daging tu terus tukang kebun marinate dan masukkan dalam freezer. Nanti tak kelam kabut nak masak tinggal keluarkan dalam peti ais, panaskan oven bila tak beku panggang.

  Kalau ikut stock ayam daging di Sangkar 4 sekarang, kebelakangan ini ada 3 ekor tiba-tiba mati entahlah cuaca kut demam siang panas bahang, petang hujan pula. Kemudian 5 dah disembelih, jumlah dah disembelih 8 ekor. Asal 32 ekor tolak 11 ekor sepatutnya tinggal 21 ekor (sambungan inventory klik sini). Tapi kalau tengok sekali imbas tak nampak pula macam 21 ekor banyaknya untuk stok daging ayam Kebun Bahagia Bersama bulan April ini dari Sangkar 4.
  Sebenarnya tahun 2015 ini tak masuk pun agenda nak bela ayam daging sendiri untuk bekalan dapur. Cuma ingat nak bela itik dan ayam untuk kutip telur. Syukur Alhamdulillah dapat hidayah agaknya sebab masa tertengok anak-anak ayam daging di PET shop sekitar umur 4~5 minggu tiba-tiba macam sifat ingin tahu menjelma pula dalam diri bagaimana agaknya situasi nak bela ayam daging untuk stok dapur sendiri. Selama ini asyik tiap minggu beli sampai 3 ekor dah siap sembelih. Terasa nak ada pengalaman bela ayam daging sendiri yang free of suntikan dan ubat untuk membesarkan permata-permata hati sambil besarkan ayam-ayam daging. Berbincang dengan dearest hubby tukang kebun teringin nak cuba-cuba bela ayam daging untuk stok dapur dapatlah green light. A week after discussion, Hubby ingatkan beberapa ekor je, terkejutlah tengok sekali balik bini borong semua. Excuse wife kali ini manalah tahu nak buat jamuan makan bbq untuk Ilhan masuk 8 tahun nanti tak pernah buat jamuan makan dia sebab while he is growing up mama Ilhan undergone depression lama.

 Syukur Alhamdulillah permata-permata hati pun seronok dapat makan daging ayam dari kebun sendiri. Maka tukang kebun pun rasa lebih motivate nak bela anak-anak ayam daging untuk mereka. Sekarang ni sekurang-kurangnya sejam mesti habiskan masa dalam sehari nak uruskan makan minum AVIAN pets di belakang.

  Dah nak dekat pukul 9:30 malam baru dapat bergerak keluar ke supermarket kejap beli stok dapur sebelum GST 6% bermula pada 30hb Mac lepas. Balik pukul 10 lebih tengok 3 budak ni dah dibuai mimpi kecuali Rayyan. Bila mama papa takde sekejap, abang Ilhan jadi tempat bermanja.

 Internet connection kami tak berapa stabil ya, harap bersabar tunggu reply email dari kami.

5 ulasan:

Juliana berkata...

seronoknya tengok dapat makan ayam peliharaan sendiri- no chemical definitely !!!!- salute u and tumb up !

@na berkata...

ya la diana, kalu tgk ayam tu mcm tak lalu...tapi yang jual kat pasar pun macam tu atau mungkin lebih teruk...elok la bela seniri kita tau history dia...
tahniah KBB

Kakzakie Purvit berkata...

Buat kakak makin berkobar nak pindah rumah kakak yg corner lot nak bela macam ini. Sungguh memang beruntung bela sendiri. Yg dipasar tu 100% kena injection punya kakak tahu sebab adik ipar kakak ada jual ayam utk dipasarkan ke outlet KFC.

Cute betul tiga beradik tidur - suka kakak tengok:)

Nasa Mulia berkata...

Ayam dara sedap buat ayam penyet....untungkan boleh bela sendiri, selalu mengelak untuk beli ayam untuk stock di rumah sebab kat luar dah makan ayam terlalu banyak..
Syok tengok abby buat abg dia jadi bantal peluk.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juliana.

Memang dah seronok bela ayam daging ini, dah rasa confident sket. Awal-awal tu stress juga sebab tak biasa dengan penyakit dan kerenah dia. Berjaya juga tanpa chemical apa-apa ada juga dapat merasa ayam daging ini.

Salam Bahagia @na,

Bila bela sendiri barulah terasa insaf sket bila tengok keadaan ayam berkudis ni. Yang dah proses beli di kedai bagaimana agaknya rupa asal.

Salam Bahagia KakZakie,

Rata-rata bila tukang kebun pergi ke supplier anak-anak ayam, semua asyik bercerita orang-orang Bangladesh suka beli terus ayam dekat kedai Pet Shop. Yang masih kecik pun dibelinya untuk dimakan.
Mungkin Orang Bangladesh yang kerja mencari rezeki di negara kita ini lebih ada kesedaran dan lebih tahu keadaan bagaimana ayam daging dibesarkan secara komersial di negara kita, sudah merekalah tenaga pekerja yang handle kerja begini. Mereka pun tak sudi dan takut nak beli ayam daging proses.
Pekerja kontraktor bangsa asing pun kekadang tanya ternakan kami untuk dijual ke, tukang kebun kata semua PetS tu bukan nak makan.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Bila dah rasa keenakkan ayam dara ni jadi ketagih pula. Sedap betul isinya manis dan lembut. Walaupun kami takde bagi inject apa-apa.
Itulah bila balik dari kedai tercuit hati tengok mereka duduk berkepit bertiga macam tu.