No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 Mei 2015

Tak Sempat Makan Pulut

 Hujung minggu lepas sebelah pagi sibuk dengan Sports Day Rayyan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. Sebelum itu ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di sekolah tersebut. Tahun ini nampaknya Rayyan lebih ceria kerana diberikan lebih banyak peluang dalam pelbagai acara. Siap dapat masuk acara Tarik Tali untuk semua budak yang berumur 6 tahun 2015. Rayyan paling kering halus je badan berbanding kanak-kanak lain. Takpelah the fighting spirit is always in Rayyan heart. Asalkan Rayyan sihat dan happy, Mama dah bahagia.
  Teringat pula bulan lepas masa check up jantung Rayyan, Doktor kata sumbat bagi banyak chocolate pun takpe. Pastu Mama Rayyan cheeky kata the problem is Rayyan bukan sweet tooth suka makan benda masam-masam. Itu jarang demam selsema banding siblings yang lain. Takdelah tiada pertumbuhan langsung cuma agak perlahan-lahan. Adalah meninggi berat tak naik-naik, rasa dah setahun sama je beratnya just over 13kilogram. Sat lagi Abby lagi berat dari Rayyan. Semoga ayam-ayam di belakang akan mudah rajin bertelur untuk supply Rayyan makan, for that banyaklah tumbuhan mama kena sacrifice. Menurut nutritionist Rayyan dulu, takpe kasi Rayyan makan berapa banyak telur dia nak in a week sebelum 7 tahun. Yang isi putih tu takpe kasi banyak-banyak untuk budak, cuma yang kuning telor tu maximum about 8 yolks per week. Nasib baik memang Rayyan suka makan putih telor je, yang kuning telor kekadang dia tak makan biar je. Itu jelah antara tips pemakanan untuk budak-budak yang susah tambah berat macam Rayyan, Tukang Kebun boleh berkongsi.
  Lepas selesai Sports Day Rayyan, kami on the way balik singgah Stadium Shah Alam yang biasa pagi Ahad ada pasar nak tapau lunch (mood malas masak). Elok je masuk Guthrie Highway hujan turun selebat-lebatnya sehingga sampai rumah. Tak pula Tukang Kebun sangka yang tragedy akan berlaku di Petak F kami yang sedang pokok-pokok jagung nampak tumbuh bahagia sekali dengan cuaca tahun ini. Cuaca tahun ini benih-benih jagung pulut yang tukang kebun semai secara direct sowing sungguh mudah bercambah dan membesar dengan penjagaan minimum. Siram pun tak perlu sebab cukup dengan taburan rezeki hujan yang diterima tahun ini.
 Sebenarnya tahun ini memang Tukang Kebun rasa cuaca amat mudah bagi jagung untuk tumbuh. Walaupun beratus jagung telah bercambah, banyak yang kena cakar-cakar atau baham dengan ayam-ayam yang telah diberi kebebasan meronda di belakang. Itulah nasib bila bela ayam-ayam yang boleh terbang ni (DUGAAN DUGAAN DUGAAN). Rasa nak sembelih je semua, but kena chant chicks and eggs investment banyak kali dalam kepala. So Tukang Kebun ingat bernasib baiklah so far yang di Petak F ni macam ada selamat dari kuku besi mereka tu. Rasa bahagia jugalah bila nampak tumbuhan-tumbuhan boleh makan pelbagai di Petak F ni nampak penuh, dah rasa puas hati sebab kira productive and fully utilised. Sangkar F bersambung dengan Petak F ini pun malam-malam motel itik-itik Muscovy tidur. Dalam Petak F ini selain jagung sebenarnya ada juga pokok-pokok sayur manis, serai, asparagus, mulberry, nanas madu Sabah, ubi bemban, bunga telang, dan lain-lain. Keluasan Petak F ini slightly smaller dari frontyard rumah teres (so no excuse even in a space like this, you can have many plants to grow for your dinner plate).
  Mana tak bahagia, sebab pokok-pokok jagung pulut ini dah pun berbunga. Tukang Kebun suka tengok kantung debunga jantan jagung pulut sangat berwarna merah hati maroonish. Malangnya Tukang Kebun takde rezeki nak rasa kepuasan ianya memberikan hasil, kesan dari hujan ribut Ahad. Bila petang Tukang Kebun sibuk nak masukkan Avian Pets dalam sangkar masing-masing. Sakit kepala tengok pokok-pokok jagung yang ada dah lebih tinggi dari Tukang Kebun dah rebah-rebah ke tanah sampai tidak dapat diselamatkan lagi. Ingat nak check uprightkan masa hari Isnin mana yang boleh, makin teruk rupa kejadian kemalangan di Petak F. Tukang Kebun suspect atas pertolongan ayam menyelongkar kawasan ini sebelum operasi menyelamatkan dapat dijalankan.
  Tukang Kebun pun ada mood down juga jadi malas nak turun kebun dengan tengah sakit kepala nak sorting commitment lain bila tengok ayam-ayam makin naughty. Mula-mula dalam kepala dah setting think positive walaupun tak sempat nak rasa jagung pulut yang boleh dimakan isinya. Tukang Kebun estimate mungkin dah ada bahagian-bahagian anak-anak jagung (baby corn) yang boleh dituai pada stage pembesarannya. Jadi pagi Selasa barulah nak check-check antara batang jagung tu ada baby corn ke tidak.
  Amboi-amboi semua baby corn pun dah kena culik diratah juga. Pasti sedap dan manis ni. Sebelum itu, pesanan dari Tukang Kebun, tak perlu nak cari specific benih untuk baby corn, apa jenis jagung pun akan menghasilkan baby corn. Jika anda mengalami situasi sama seperti Tukang Kebun, tak sempat nak membesar buah jagungnya kerana sebab-sebab tertentu jangan bersedih masih ada hasilnya. InsyaAllah ada babycorn untuk anda tuai. Dah ada rambut-rambut keluar di sisi batangnya tu rajin-rajinlah tengok walaupun buahnya masih kecil muda, ingatlah ada babycorn walaupun tak dapat isi jagung, tongkol yang muda lembut itupun manis rasanya.
  Hai nasib badan Tukang Kebun, bila check-check ditinggalkan yang paling kecik je baby corn terselit dekat batang tak perasan sebab kecik sangat kut. Subhanallah walaupun kecil begini masih muda tongkal jagung ini, bila masak sungguh manis rasanya bila baru tuai dari kebun sendiri. Memang rasa patah semangat when these thing happened. Tapi bila rasa kemanisan babycorn kecil ini memulihkan semangat untuk mencuba-cuba lagi, InsyaAllah ada rezeki lebih banyak lagi. 
  Ini hasil tuaian semalam yang mana sempat nak diambil dari kebun tu. Yang ini memang antara tumbuhan-tumbuhan yang mudah untuk novice gardeners grow in the garden mula-mula asah skill ya. Dalam upih ini ada sengkuang tumbuh sendiri, terung pipit tumbuh sendiri, kacang panjang renek, kacang kelisa, terung telunjuk, kapas, buah mulberry dan buah limau kapas.
  Semalam sebab ada ubi sengkuang buatlah inti popiah. Sambil Tukang Kebun menggulung popiah, Ilhan pula sedang makan dinner. Tiba-tiba perbualan dari Ilhan yang bermula dari soalan ini menyentuh hati Tukang Kebun.

Ilhan : Mama, Kenapa Ilhan asyik dapat No. 5 je dekat Sekolah Agama?

(Dalam hati Tukang Kebun, bosan pula kalau asyik komen kena belajar bersungguh-sungguh lagi, cuba distract dulu cari idea). Mungkin ada kawan-kawan sekelas boleh jadi contoh baik. Tahun ini masuk darjah 2, dah dipisah-pisahkan kelas ikut keputusan masa Darjah 1. Jadi kiranya Ilhan dalam Darjah 2 kelas No. 1.

Tukang Kebun : Ujian hari tu siapa dapat No. 1 Ilhan?

Ilhan : No. 1 tak de.

Tukang Kebun terpinga-pinga : Kenapa pula takde No. 1 .

Ilhan : Kan hari tu masa Ilhan pergi sekolah awal pagi, ada Ilhan kata Ilhan baca Yassin.

Tukang Kebun : Baca Yassin? Bila Mama tak ingatlah yang bila

(dalam kepala mungkin bukan baca Yassin yang biasanya Tukang Kebun ingat dia belajar menghafaz surah Yassin di sekolah).

Ilhan : Yang Papa hantar awal pagi tu, sampai hantar ke kelas Ilhan.

Tukang Kebun : Hari yang kita keluar awal ke Ilhan? Masa nak hantar Rayyan check up di hospital.

Ilhan : Hari itulah ada baca Yassin.

(Tukang Kebun terimbas kembali semasa menunggu Papa Ilhan hantar Ilhan sehingga ke kelas sebab masih awal pagi lagi, belum masuk pukul 7 sebab nak kejar masa appointment jantung Rayyan di Hospital Serdang. Kereta pun ketika itu bersebelahan masjid, sebab Sekolah Agama Ilhan menghadap masjid. Iya masih kuat dalam memory betapa syahdunya bacaan Yassin pada pagi itu. Bila Papa Ilhan masuk kereta pun terus kata mungkin baru ada kematian, syahdu sungguh bunyinya mungkin yang membaca Yassin ahli keluarga jenazah sendiri kami meneka-neka. Just to refresh memory our Ilhan ini pernah diagnosed Language Disorder jadi banyak kami nak kena meneka-neka apa yang hendak disampaikan. Teringatkan yang Ilhan pernah cerita ada rakan kelas lama tak sekolah sakit mata katanya dah lama menderita. Lalu hati ini terdetik bertanya...

Tukang Kebun : Kawan Ilhan yang sakit lama tak ke sekolah tu macam mana sekarang?

Ilhan : Kawan tu sakit kepala lepas sakit mata. Mula-mula duduk Hospital Selangor, pastu Hospital Kuala Lumpur, Lepas tu dekat Ipoh. Ipoh dekat mana Mama? Dekat Seremban ke?

Tukang Kebun : Ipoh dekat Perak. Jauh lagi dari Seremban. Sekarang ni kawan Ilhan tak pergi sekolah lagi ke? Kawan Ilhan tu dapat No. berapa?

Ilhan: Kawan Ilhan itulah dapat No. 1. Tapi dah takde. Hari tu baca Yassin untuk kawan.

Sebak dalam hati baru faham maksud Ilhan No. 1 kenapa takde.  

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesungguhnya kawan yang telah pulang ke Rahmatullah ini juga telah memberikan pengajaran kepada Ilhan untuk bersedakah pada pertama kalinya tanpa pengetahuan kami pada asalnya.

Teringat beberapa minggu lepas semasa tengah makan malam Ilhan bercerita,

Ilhan : Dekat sekolah agama hari tu ada kumpul-kumpul duit untuk kawan yang lama sakit mata.

Papa dan Mama saling berpandangan.

Tukang Kebun : Oh kenapa Ilhan tak kasi tahu Papa Mama nak kasi duit. Ilhan ada tak sedekah duit? 

Ilhan : Ada kekadang Ilhan bagi 50 sen, kekadang bagi seringgit.

Lega hati mama papa dengar, Ilhan boleh jadi seorang insan berhati pemurah.

Masih terngiang-ngiang di telinga syahdu bacaan Yassin pada pagi itu, pemergiannya kanak-kanak kecil yang ada masa depan cerah belum berdosa lagi. Pasti ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu pun terasa kehilangan anak didik mereka yang cemerlang. Doa Tukang Kebun semoga kedua ibubapa kawan Ilhan dapat ditabahkan hatinya.

AL-FATIHAH.

 Tak sempat nak buat entry ucapan Hari Guru tahun ini. Nak sediakan hadiah untuk Cikgu Ilhan pun tergesa-gesa. Bila kembali rumah lepas Sports Day Rayyan pula, cuaca tak berapa mengizinkan nak ronda-ronda cari bunga segar dari kebun. Jadi atas cadangan anak-anak, Tukang Kebun kitarsemula bunga telur hadiah dari kenduri kahwin saudara di Lukut, Negeri Sembilan Sabtu lepas. Inilah hasil simplenya. Gandingan bunga tak hidup warna biru dan pokok hidup gardenia atau bunga Cina ambil dari nursery sendiri. Bila digandingkan bersama nampak daun-daun gardenia hidup ni macam plastik juga kan. Sampai berapa kali Tukang Kebun pesan kepada Ilhan, pesan dekat cikgu yang ini pokok hidup tau bukan hiasan je. InsyaAllah kalau cikgu Ilhan tanam ini tumbuh subur sampai Ilhan dah graduate dari University ingatkan Ilhan yang bagi pokok bunga cina hidup.

Sebagai teaser untuk cikgu Ilhan:

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.
  Last weekend memang tak dapat berkebun, Sabtu kenduri kahwin di Lukut. Ahad pula Sports Day Rayyan dan cuaca pula hujan ribut.

4 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

betapa suci murninya cerita kanak-kanak ini., kecil2 dah diberi dugaan yang hebat tanda Allah sayang mereka...Al Fatihah utk kawan sekelas ilham tu..

doni berkata...

terimakasih infonya,,

Yin Hasni berkata...

Bhs kanak-kanak yg org dewasa kn sabar utk fahami.Moga Ilhan jd anak soleh berjaya dunia akhirat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Kadangkala kanak-kanak mengajar orang dewasa pelbagai perkara juga untuk membimbing ingatkan amalam di dunia dan di akhirat.

Salam Bahagia Doni.

Sama-sama moga bermanfaat.

Salam Bahagia Yin Hasni.

Amin.
MoGa Ilhan jadi anak soleh berjaya dunia akhirat.