No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 5 Jun 2015

Masak Lemak Putih Pucuk Mulberry dan Telur Itik

  Salam Bahagia di pagi Jumaat yang mulia ini. Syukur Alhamdulillah minggu ini bukan sahaja rezeki hasil dari tumbuhan sahaja yang diterima tapi dari sumber haiwan juga. Menanam pokok mulberry memang memberikan double happiness bukan sahaja dapat buah mulberry tapi pucuk-pucuk mudanya juga boleh di buat sayur. Kacang panjang renek di kebun manis buahnya kerap dimakan oleh ayam atau tupai, yang jenis kacang memanjat pula ada juga yang nibbles mengigit berlubang-lubang buahnya. Bila ditanam secara organik selamat dimakan. Yang berminat untuk menanam kacang panjang jenis pokok renek boleh juga dapatkan biji benihnya dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Anggaran 10 biji benih Kacang Panjang Renek 1pek RM3.00 ~

Related posting kacang panjang renek klik sini.

  Minggu ini untuk jimatkan belanja kos makanan haiwan ternakan/perliharaan di Kebun Bahagia Bersama setiap hari nak kena rajin-rajinkan diri kutip kelapa tua dan belah kelapa. Lagipun sebelah petang kerap hujan jadi binatang pun cepat lapar/kuat makan. Tengok dalam gambar No. 2 si ayam telur Fluffy pun dah standby mengekor kereta sorong ke tempat operasi belah kelapa nak makan. Si Fluffy ni hampir tiap hari bertelur. Sekarang pun ada 2 ayam gajah kacuk betina kami panggil Skippy and Ms. Brown juga produce egg almost everyday in June.
  Minggu ini kena beli stok jagung Gred B 1 guni rasanya about 50kilogram. Rasanya baru dibelikan about 2 weeks ago dah habis. Dikejutkan lagi sekali dalam gap 2 minggu lebih ini harga makanan jagung untuk ternakan naik lagi RM2. Tukang Kebun rasa dalam tahun ini harga kenaikan makanan jagung dah naik RM4 at least. Belum lagi jenis-jenis makanan formula ternakan dalam bentuk dedak dan lain-lain juga naik harganya. Cuma nak kongsi pendapat sahaja Tukang Kebun rasa tak mustahil tahun ini harga kawalan ayam daging juga akan naik. Penternak-penternak ayam commercial juga boleh rasa perit kerana kos nak bela keluaran ternakan mereka meningkat. Kalaulah ada yang tertanya-tanya berapa banyak Tukang Kebun belanja makanan sebulan untuk binatang ternakan kenyang perut sahaja seperti ayam, itik, angsa, kucing dan ikan dalam kolam lebih dari RM400. Tabung Kebun Bahagia Bersama pun pusing-pusing pakai budget keluar semula untuk kenyangkan perut binatang ternakan. Kucing-kucing di rumah pun nak bantu kurangkan budget Tukang Kebun asyik tangkap tikus je, dah banyak jadi mangsa diorang asyik kena buangkan sisa kepala dan ekor tikus yang dimakan dalam rumah atau dekat luar verandah rumah.

  Self-Collect Day minggu ini adalah Sabtu petang esok antara pukul 5:30~6:00 petang di Sungai Buloh ya. Yang datang self-collect esok kalau nak sabut kelapa percuma sebagai mulching macam gambar di atas stoknya boleh pesan dekat Tukang Kebun awal-awal ya bawa sekali. Untuk esok juga Tukang Kebun buka offer sempena nak dekat Ramadhan ini bolehlah juga self-collect Kelapa Tua dengan tawaran 3 biji for RM1.00 . Kebun Bahagia Bersama juga buka tawaran untuk self-collect esok 1 biji nangka muda untuk buat sayur RM2.
  Tukang Kebun ada feeling harga ayam daging akan naik mungkin sekitar perayaan Aidilfitri yang terdekat ini sebab demand tinggi atau dalam tahun 2015 ini ada peningkatan. Ikut-ikut pengiraan Tukang Kebun sebab batch production stok raya batch daging ini masa pembesarannya harga makanan mereka sedang meningkat. Ini cuma forecast Tukang Kebun, I might be totally wrong-lah. Tapi bila dah bela sendiri dah mula faham kos-kos nak membesarkan ayam nak isi perut keluarga ini terfikir how other penternak is bearing the rearing production cost. Itupun for Kebun Bahagia Bersama nak tanggung kos makanan je ,tak de kos vaccination and worker. Ada setengah perternak nak kena tangggung kos sewa tanah pun ada.
  Syukur Alhamdulillah minggu ini itik-itik telur Kebun Bahagia Bersama prestasi menghasilkan telur sangat baik after experimenting a change of diet. Rupa-rupanya batch itik telur lahir November 2014 dulu (related posting klik sini), semuanya betina. Sepatutnya batch tersebut Tukang Kebun order 3 betina 2 jantan. Tapi kalau dah 5 biji telur setiap pagi sebelum kandang dibuka, dah tak syak lagi semuanya betinalah. Sebab mereka malam-malam menginap di Sangkar 2. Cuma hairan dalam 2~3hari ini 6 biji telur pula. Extra sebiji telur ini siapa yang punya?

    Jika ada gardeners yang pada cuti sekolah ini ingin buat projek telur itik masin dengan anak-anak pada musim cuti sekolah ini, boleh juga self-collect telur itik hasil dari Kebun Bahagia Bersama petang esok (sebutir telur itik 70sen).
  Rabu lepas untuk dinner 9 biji telur itik kami campurkan dalam masak lemak putih pucuk mulberry for the kids. Buat especially for Rayyan sebab favourite dia pucuk mulberry dan telur jadi gabungkan dalam 1 lauk senang. 

6 ulasan:

Sha Mohamed berkata...

Sedapnya..
Xtaulak pucuk Mulberry boleh dimakan..
Ingatkan buah dia jer.. hehehe..
Thanks..

Kakzakie Purvit berkata...

Untungnya kalau ada itik gitulah
Selain boleh terus guna/masak
Boleh buat telur masin - tahan lama.

Unknown berkata...

susah nak dpt telur itik yg tak masin disini, best nye diana kan, nampak sedap masak lemak tu, kena ganti dgn telur ayam je lah kot

Yin Hasni berkata...

Baru tahu blh masak mcm tu...ingatkan jd salad atau jd teh...beruntung dpt bela ayam sendiri.Telur pun dpt hari2.Ingatkan saya zaman kanak2 dulu.Skrg ni kn pergi kedailah nk beli ayam ...

Normala Saad berkata...

Aduhhh...kak belum lagi sempat buat masak lemak pucuk mulberi. Baru kejab tadi tengok rakan fb post goreng tepung daun mulberi...sedap kata dia orang..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shahida Dzulkafli.

Pucuk Mulberry boleh dimakan, anak kami No. 2 suka sayur pucuk mulberry.
Daun mulberry juga boleh dikeringkan untuk dibuat teh.

Salam Bahagia KakZakie.

Baru beli garam kasar.
Ingat nak buat juga telur masin stok untuk bulan Ramadhan.

Salam Bahagia Kak Noor.

Ya betul susah nak dapat telur itik segar sekarang.
Harga pasaran pun boleh tahan.
Telur Itik ini isi kuning telor lebih banyak dari yang isi putih.

Salam Bahagia Yin Hasni.

Oh macam-macam boleh masak dengan pucuk mulberry terutamanya jenis lauk berkuah.
Lama gak rasa nak tunggu ayam-ayam tu matang, Syukur Alhamdulillah sekarang rasa penantian yang sangat berbaloi.

Salam Bahagia Kak Mala.

Sekarang ni nak kena kurangkan pakai minyak hehehe.....minyak import dah kena GST makin mahal belanja.