No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 10 Jun 2015

Roti Telur Bunga Telang

  Setelah selesai urusan pagi jemur-jemur baju di ampaian, nak kena pula fikir sediakan sarapan kanak-kanak riang dalam Kebun Bahagia Bersama ini. Atuk pun ada balik tidur satu malam di rumah, dah rancang nak buat roti telur. Tapi kalau buat roti telur style kebiasaan Atuk Abby letak hirisan bawang besar, cili besar, ladi hitam dan secubit garam mesti kanak-kanak semua fussy dan picking bawang besar dan hirisan cili je nanti tak makan. Ternampak pula ada bunga-bunga telang dekat dalam pasu ada bunganya, jadi dari roti telur kosong je baik tambahkan khasiat dan buatkan nampak menarik untuk anak-anak dengan letak bunga telang sebagai sayur. 
  Kebiasaannya selang sehari jika bekalan sirap biru dalam peti ais dah habis akan dibuat. Kanak-kanak riang dalam rumah dah biasa bila dah puas minum air biasa, mereka minum air sirap biru pula. Tukang kebun takde buat stok air artificial cordial di rumah, jadi samaada mereka minum sirap biru atau roselle. Kalau ada buah kelapa muda dan jika papa kanak-kanak riang ada masa dapatlah minum air kelapa muda. Tengahari tadi dah habis stok air sirap biru kata kanak-kanak riang after lunch. Jadi pesanan Tukang Kebun esok kalau nak ada air sirap biru, petik-petik bunga telang dan buka bahagian hijau tu. Nanti mama cuci dan rebus buat air sirap biru. Tugasan kanak-kanak riang untuk esok.
  Syukur Alhamdulillah rezeki telur itik setiap hari sekarang amat memuaskan. Roti telur kami hari ini pun bukan telur ayam tetapi telur itik sebagai bahan. Buah mulberry juga rezeki untuk kanak-kanak riang pada cuti sekolah ini. Hari ini dapatlah juga tuai nangka dari kebun. Yang berminat ingin dapatkan bekalan telur itik minggu ini boleh self-collect pada hujung minggu ini. Sebutir telur itik 70 sen.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 13hb June 2015 antara pukul 12:00tengahari~12:30 tengahari di Komuter Stesen Nilai/Pejabat Pos Nilai berhampiran Mydin.

~ 13hb June 2015 antara pukul 5:30petang~6:00 petang di Sungai Buloh.

~14hb June 2015 antara pukul 6:30petang~7:00petang di Sungai Buloh.
  Batch awal kepingan roti mula-mula Tukang Kebun letak sikit je bunga telang nak tengok respond penerimaan kanak-kanak riang dahulu. Terkejut Tukang Kebun toleh masa masak Rayyan cepat habiskan katanya nak lagi tambah. Baru berapa keping yang siap. Maka Tukang Kebun tampal-tampal lagi banyak bunga telang atas roti yang baru dicelup dalam telur yang telah dipukul tadi.
   Kanak-kanak riang pun seronok sarapan hari ini sebab mereka juga ambil peranan tolong ambilkan bunga-bunga telang sementara Tukang Kebun tengah siapkan bahan-bahan. Sedap dimakan panas-panas. Siapa tak bahagiakan telur itik dan bunga telang bahan dari kebun sendiri. Asyik sibuk ambil gambar jadi ada batch dah nampak terlebih masak hehehe....cuma nak berkongsi idea untuk cuti sekolah ini buat sarapan bersama anak-anak.
 Soalan sarapan pagi ini dari Ilhan: Mama, kenapa cikgu Ilhan tak tahu apa telang? 

Tukang Kebun : Oh ya ke (tak de idea nak jawab apa perut lapar).

Ilhan: Bunga telang apa dalam Bahasa Inggeris Mama?

Tukang Kebun : Butterfly Pea.

Ilhan : Kenapa rama-rama?

Tukang Kebun: Sebab bentuk macam butterfly biru.

  Terima Kasih Ilhan cuti sekolah ini banyak tolong mama yang rasa tak cukup tangan dan masa ini. Untuk memudahkan kerja Mama, Ilhan selalu petik sendiri je bunga-bunga telang bila teringin nak minum sirap biru. Kain yang nak dilipat pun Ilhan yang terbalikkan semula supaya cepat Mama nak lipat baju.
 Fresh seeds stock butterfly pea/ bunga telang ada 2 jenis dari Kebun Bahagia Bersama yang selapis dan berlapis-lapis.

~Anggaran 50 biji benih bunga telang biru selapis se-pek RM3.00 ~

~Anggaran 30 biji benih bunga telang biru berlapis-lapis se-pek RM3.00 ~
 

8 ulasan:

Unknown berkata...

wah best ni dapat kaknoor tiru sbb belum pernah buat lagi roti letak bunga telang ni diana, menarik dan uniklah

Fida Z Ein berkata...

Best ni....belum pernah buat....

Fida Z Ein berkata...

Best ni...boleh cuba buat...sebab menarik perhatian kanak2

sue berkata...

Hi...I m interested to order d telang2 seeds. Pls advise how to order n how to contact u apart from leaving messages here.
Tks.
Sue from kuching.

Normala Saad berkata...

Wah pandai Diana cipta resepi baru ni...nanti boleh cuba. Aritu menebas pokok telang putih & biru. Konon nak buat celup tepung lah dng bunga2 yang ada..tapi last2 ..buang jugaa..

Nancy Dairin berkata...

terima kasih Diana bagi seeds bunga telang tu. sekarang rancak betul tu bunga. Selalu saya buat air sirap, nasi biru. Tak terfikir pula taruh d roti..hehe..idea bagus ni. boleh buat jemput2 bunga telang kali ni.

Unknown berkata...

cantik dan kreatif lah ! tumb up 1

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor.

Kalau version Kak Noor pasti lebih nampak menarik dan menyelerakan.
Nak buat ni pun tengah huru hara nak melayan kanak-kanak riang yang excited.

Salam Bahagia Fida Z Ein.

Marilah sama-sama cuba dan berkongsi, mudah je nak buat dan tak banyak bahan.

Salam Bahagia Sue.

You can make an order by email to us (kebunkmg@gmail.com).

Salam Bahagia Kak Mala.

Oh boleh keringkan je bunga-bunga yang dah kering tu, simpan untuk buat teh bunga telang sempena nak menjelang Aidilfitri ini Kak Mala.

Salam Bahagia Nancy.

Syukur Alhamdulillah sudah ada hasil itu bunga telang.
Nak juga letak atas cucur udang belum ada kesempatan sahaja lagi.

Salam Bahagia Kebun Kecil Ajer.

Your daughter might be interested nak cuba buat ini juga.