No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 15 November 2016

Pseuderanthemums Combo Promotion

  Antara pokok bunga yang kembali ke dalam stock Kebun Bahagia Bersama bulan ini adalah dari keluarga pokok bunga Pseuderanthemums. Ramai gardeners kawasan tropika suka akan pokok bunga  renek ini kerana ianya sesuai ditanam dalam pasu dan pokoknya tak besar. Paling tinggi pun 3~4 kaki ketinggiannya. Tambahan pula rajin berbunga sepanjang tahun. Penjagaan juga mudah kerana keperluan airnya cuma sederhana sahaja. Jika terlebih air kekadang kita boleh nampak perubahan warna daunnya menjadi pucat sebagai indicator.  Selepas habis musim bunganya bagi sahaja pruning, InsyaAllah nanti cepat tumbuh pucuk-pucuk baru yang akan membesar menghasilkan kudupan bunga lagi.
Yang bunga seakan berwarna lavendar ini dipanggil juga blue crossandra, walaupun ianya adalah bukan keluarga crossandra kerana mirip bentuk bunganya dengan bunga jenis crossandra.

Info lanjut mengenai blue crossandra/blue twinkle (Pseuderanthemum graciflorum) <Click Here>.

~ 1 pot Blue Crossandra RM7.00 ~


 Yang bekalan ada semula juga adalah jenis yang daun variegated bunga berbintik-bintik polka dot merah False Eranthemums (Pseuderanthemum carruthersii var. atropurpureum cv. Tricolor).

~ Info lanjut False Eranthemums boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pot False Eranthemums RM7.00 ~


 Special Pseuderanthemums Combo Promotion untuk bulan November 2016 ini sahaja sementara stok masih ada. Untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia menggunakan prepaid box small Size (RM14) dengan 1 pot Blue Crossandra dan 1 pot False Eranthemum untuk harga RM11 menjadi jumlah RM25 (jimat RM3). Boleh selit unlimited biji benih tanpa penambahan kos penghantaran.

  Juga dalam bulan ini ada stok biji benih bunga aster dalam Original Packaging.
~ Aster Pastel Mixed 1 pek RM10.00 ~
~ Aster Flame Red 1 pek RM10.00 ~

6 ulasan:

insan marhaen berkata...

Saudara mengingatkan saya pada abah saya.

Tangannya 'sejuk'. Tanam apa jenis pokok bunga pun... akan hidup subur dan indah...

Kini dia sudah tiada. Halaman rumah saya cuma warna hijau daun. Tiada lagi warna warni kelopak bunga...

kakrose berkata...

cantik warnanya..

Kakzakie Purvit berkata...

Bunga purple itu daun dia macam daun pokok pecah beling yg boleh ubat batu karanglah kakak tengok. Cantik pulak.

||alis|| berkata...

salam kak diana..
aster yang cantik. dulu beli di Morrison £1 dapat sejambak. buat hiasan dalam bilik tahan berhari2..

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana. ..
Cantik bunga ni esp false Eranthemums tu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Insan Marheen,

Warna hijau juga menyejukkan pemandangan.


Salam Bahagia Kak Yon,

Warna jarang-jarang pada kelopak bunga.

Salam Bahagia KakZakie,

Daun pecah beling lagi hijau gelap Kak Zakie.

Salam Bahagia Alis.

Ya aster bunganya memang tahan lama.

Waalaikumsalam Julie.

Ya suka polka dotnya tu.