No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 15 Disember 2016

Citrus kegemaran acar Utara Malaysia

 Syukur Alhamdulillah yang rancak berbuah hujung tahun ini juga mula ranum satu persatu ialah buah citrus yang jenis orang Utara panggil Limau Telur Buaya. Orang Utara suka buat acar dengan buah limau telur buaya. Tukang Kebun teringin nak berguru buat acar buah Limau Telur Buaya ini tapi belum kesampaian lagi.
 Seperti kebiasaan buah citrus atau limau lain, buah limau telur buaya masa muda berwarna hijau. Bunganya berwarna putih suci dan harum terutamanya ketika awal pagi. Buahnya mengambil masa dalam dua bulan untuk masak bertukar kepada warna kuning.
 Al-kisah sehingga tukang kebun yang menanam pokok ini 2 tahun lalu di lokasi gambar di atas pun tak perasan yang pokoknya dah mula berbuah (related posting klik sini). Buah pun ada beberapa biji yang dah sepanjang lebih dari jari hantu sendiri pun sudah bergayutan di pokok bila disedari sudah mula menghasilkan buah. Selalu tidak diendahkan selepas dipindahkan, tidak dibaja dan tak disiram.  Kalau rajin dibaja dan siram masa musim kering, InsyaAllah lebih cepat ianya berbuah. Jiran sebelahnya yang juga sedang membesar si pokok kelapa pun batangnya makin menggemuk.
 Pokok limau telur buaya yang ditanam tersebut adalah dari jenis semaian tut. Syukur Alhamdulillah ada juga khabar gembira diterima dari rakan gardeners yang lain yang memesan pokok limau telur buaya dari Kebun Bahagia Bersama juga , pokok yang dipindahkan ke tempat mereka juga telah pun mula berbuah.
 Pokok limau telur buaya ini bila dah membesar nak mula masak dah mula berat biasanya hujung tangkai jatuh ke tanah. Gambar di atas nampak kesan tanah pada buah limau telur buaya yang mula ranum diangkat tangkainya ada kesan-kesan tanah. Rumpunan pokok-pokok limau telur buaya yang ditanam di kawasan ini pun dah mula merimbun (related posting klik sini). Belum sempat lagi nak pruning dan bagi sokongan yang betul. Bekalan buah limau telur buaya minggu ini masih ada stok segar untuk yang berminat (boleh juga dipos).

~ 1 kilogram buah limau telur buaya organik RM6.00 ~

~ 1 pokok limau telur buaya grafted RM25.00 ~
   Dah seminggu lebih Tukang Kebun asyik cuci rambut dengan buah limau telur buaya. Sehinggakan Cuti-Cuti Malaysia masa long weekend ini siap bawa buah limau telur buaya mandi di tempat penginapan. Asyik berjalan ke sini sana beberapa hari sampai rasa sakit belakang cramp, balik terus mandi dalam bath tub dengan buah limau. Orang pesan air limau, kita mandi air limau vitamin C. Syukur Alhamdulillah segar badan semula nak temankan husband dinner dengan kawan lama lepas seharian melayan anak-anak bermain. Tak rugi berbudi pada tanah.

 Syukur Alhamdulillah buah nangka pun rancak kembali membesar hujung tahun ini. Lupa nak masukkan dalam senarai buah-buahan available posting semalam untuk minggu ini (related posting klik sini).

~ 1 biji buah nangka muda RM4.00 ~

~ 1 biji buah nangka masak RM15.00 ~

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 ~

 Pagi tadi Ilhan membantu kutip buah kelapa tua yang gugur sendiri bertaburan di hujung sudut kebun belah kanan. Sempatlah Tukang Kebun intai sekiranya ada buah cempedak yang hampir masak di pokok cempedak yang tiba-tiba merajuk sekejap bila kami potong sebatang dahan besarnya tahun lepas (related posting klik sini).

~ 1 biji buah cempedak RM4.00 ~

Self-Collect Schedule This Week :

~ 16th/17th December 2016 Friday/Saturday morning/afternoon between 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras dari Guthrie Corridor Highway).

~ 18th December 2016 Sunday afternoon between 12:30PM~1:00PM at nearest Shell Station from KLIA.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Buah citrus yg di kampung kakak kenapa tak lonjong macam ini ye Dee. Mungkin species lain ye. Sukalah kakak tengok.

Lagi satu nangka tu aduhai banyaknya sekali keluar buah. Puas!

@na berkata...

Lebatnya...kat utara ni, ada jgk yang panggil limau kerbau diana...

norhidana berkata...

geram nengok limau tuh kak, udahla beso2... puas kalau nk guna air nya nih...

cempedak rm4 sebiji... gila murah kak

Normala Saad berkata...

geramnya tengok buah nangka...kak baru tanam kat tanah tumpang. Entah bila tahun boleh makan...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah pokok nangka yang ini memang rajin berbuah.
Sesuai agaknya tempat yang ditanam dan persekitaran.

Salam Bahagia @na.

Thanks @na panggil limau kerbau juga ya.

Salam Bahagia Dana,

Jika limau telur buaya ini kurang juicy sikit berbanding dengan jenis limau-limau lain yang kami tawarkan Dana.
Oh saiz buah cempedak musim ini tak berapa besar sebab tu kami tawarkan murah.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ada juga beberapa pokok nangka yang tumbuh sendiri dari biji.
Tak pasti pula bila pokok-pokok tersebut akan matang.
InsyaAllah suatu hari banyak buahnya diberikan tu.