No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 5 Oktober 2017

Semporna Shallow Waters

 Pada pagi raya kedua Aidilfitri tahun ini, awal pagi kami berada di pekan Semporna. Awal pagi raya kedua ini di pasar pagi berdekatan Jeti kelihatan ramai juga pembeli mencari hasil jualan barangan segar di sini. Sementara tunggu pemandu dari agen pelancongan ambil kami di hotel ke jeti, kami ambil kesempatan ronda-ronda di pasar pagi ini untuk cari bekalan bawa bersama menginap di Pulau Mabul malam tersebut.
 Pelbagai jenis buah-buahan di jual di sini. Banyak juga yang menjual mangga masak macam harum manis. Tetapi bekalan di sini kalau bukan tempatan pun, bukan dari Thailand. Keberangkalian dari Filipina atau Indonesia. Bekalan buah kelapa tua untuk santan juga adalah satu produk yang banyak dijual. 
 Pokok pisang yang paling popular di Sabah iaitu pisang Saba atau pisang abu adalah antara pisang yang memang banyak bekalannya di Semporna juga. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah jenis pisang di bawah ini, di Semporna mereka panggil pisang budak. Tak pastilah jika di Semenanjung dipanggil jenis yang mana satu. Yang pasti bukan pisang mas, sebab pisang mas ada juga dijual oleh peniaga ini. Yang ni dia panggil pisang budak. Kami belilah sesisir. Sesisir pun banyak tu.
  Bagilah budak-budak makan pisang budak dulu isi perut sementara bergerak masuk ke gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran untuk naik bot di jeti. Memang rasa tempat Semporna ini bandarnya memang transport laut ini adalah penting. Yang kami pergi ini untuk jeti pelancong naik pergi melancong island hopping. Belum lagi ada jeti-jeti lain untuk penduduk asal ini menunggu bot. Memang banyak tempat jeti persinggahan di sepanjang pinggiran darat dan laut di Semporna ini.

 Untuk minggu ini kalau di Kebun Bahagia Bersama bagi yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pisang organik ada dua jenis ya (satu sisir RM5.00):

~ Pisang Nangka

~ Pisang Kapal/Pisang Hijau/Pisang Serendah

 Ada Self-Collect minggu ini pada pagi Ahad dalam pukul 10:00AM~10:30AM (8hb Oktober 2017) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

 Lihatlah awal pagi Aidilfitri kedua, sudah ada beberapa keluarga yang ada juga berpakaian warna baju raya sedondon yang berada di jeti umum menunggu bot yang menuju ke destinasi mereka hendak pergi.
 Sementara tunggu bot ke Pulau Mabul kami pun ambil jugalah gambar raya dengan baju mandi.
 Bila datang sini baru dapat bayangkan mana resort terkenal terapung di Semporna ini yang dipanggil 'Dragon Inn' tu. Menghadap tempat tunggu bot pelancong dan bersebelahan dengan jeti umum tadi. Personally kalau peak pelancong season tak rasa macam ada privacy lah.
  Sementara tunggu guide daftar nama pelancong untuk keselamatan, snap lah lagi gambar sementara semua nampak semangat.

 Sambil naik bot nak keluar dari kawasan pekan Semporna kelihatan masjid di tepi laut.
 Walaupun adalah raya kedua, ramai mencari rezeki di laut. 
 Pentas Sunda dalam Semporna ini lautnya sangat cetek. Di pertengahan laut pun boleh rumah terapung boleh dibina. Disebabkan kawasan Semporna ini sangat cetek, memang takde bot besar macam cargo dapat lalu. Bukan seperti bandar Kota Kinabalu, bot besar macam titanic boleh lalu. Laut Semporna memang cetek boleh kelihatan dasarnya atau rangka batu karang. Disebabkan itu kawasan Semporna ini amat sesuai untuk ternak rumpai laut. Masa Ice Age, memang kawasan ini adalah daratan sahaja boleh dilalui oleh manusia pindah dari satu tempat ke satu tempat. Sedangkan bot pelancong yang kecil pun selalu enjin tersangkut, beberapa kali kena berhenti betulkan enjin semula. Mula-mula Tukang Kebun tak terfikir dalam hati asyik tertanya je kenapa nak pergi Pulau Mabul ini asyik botnya bermasalah berhenti je. Selama ni beberapa kali bot trip ke pulau tempat lain atau Sungai Kinabatangan pun tak begitu. Rupanya bila kepala tu dah berpusing, baru perasan memang jelaslah dalaman lautnya sangat cetek. Di tengah laut jauh tak nampak pulau pun, ada rumah dapat dibina di tengah laut macam rumah kampung biasa ja cacak kayu dalam tanah. Itu adalah satu pengalaman yang menarik kali ini bagi Tukang Kebun, salah satu island trip yang airnya sepanjang perjalanan boleh dikatakan cetek. NO BIG BOAT around.
 Cerita pasal gambar raya, terjumpa pula gambar raya lama zaman remaja dulu yang adik forwardkan. Gambar kami adik beradik yang klasik. Tengok anggaran usia adik bongsu Tukang Kebun yang sedang didukung itu rasanya masa ni tengah ambil SPM atau dah lepas SPM. Gambar ni kira jadi bukti tracking betapa lama pokok bunga garlic vine boleh hidup. Yang di atas kepala Tukang Kebun warna seakan light pink tu, bukan yang bunga kertas itu adalah gugusan bunga garlic vine.  Sekarang pokoknya pun masih sihat walfiat dan rajin berbunga seperti gambar di bawah. Tak dimakan usia pokoknya kan. 
 Anak remaja tu pun dah jadi mak dah hehehe... Banyak juga pengganti pokok bunga garlic vine ni hidup subur yang tumbuh sendiri Tukang Kebun perhatikan berdekatan bonda dia. Semasa Tukang Kebun pergi Kudat awal bulan Ogos pun Tukang Kebun perhatikan di daerah Matunggong walapun kawasan kampung lain tetapi seakan musim bunganya serentak. Mana rumah yang ada pokok bunga garlic vine, semuanya lebat berbunga ketika itu. Sama juga di kediaman Sungai Buloh ni, sekampung serentak berbunga jika musim bunganya. Dia ada tu musim-musim perubahan cuaca buat dia berbunga. Ikut musim macamlah pokok sakura di Jepun, ikut tempat. Tapi taklah macam pokok sakura yang cuma berbunga dalam 2 minggu sekali je setahun. Pokok garlic vine ini ada beberapa kali musim bunganya dalam setahun ikut keadaan cuaca.

 More info on Garlic Vine plant (Click Here).

~ 1 pot for RM8.00 ~

 AL-FATIHAH kepada Nenek Khazanah yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada pukul 2:08 pagi hari ini. Semoga Nenek ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Ahad, 1 Oktober 2017

Sand Shark and Seri Pagi

 Dah lama gambar aktiviti anak-anak ini diambil tersimpan dalam folder masa Rayyan dan Ilhan mengikuti pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh University College Sabah Foundation Green Carnival pada awal tahun 2016 di Teluk Likas, Sabah. Selain dari pertandingan mewarna dijalankan pada sebelah pagi, aktiviti pertandingan buat jerung pasir pun dijalankan. Sambil tunggu abang-abang mewarna, Abby pun sibuk serta main pasir. 
 Walaupun sudah lama tidak hujan, jenis seri pagi yang suka hidup di tepi pantai tanah pasir ini masih segar kembangnya. Kuat betul sulur seri pagi jenis Ipomoea pes-caprae ini merebak menceriakan tepi pantai.
 Ini adalah beberapa hasil imaginasi jerung pasir selepas tamat waktu pertandingan. Zoom in gambar hammerhead shark yang diambil oleh Ilhan.
 Kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna ketika karnival tersebut. Ini pertama kali Rayyan menyertai pertandingan mewarna.
 Setelah selesai pertandingan mewarna, Ilhan dan Rayyan ronda-ronda perhatikan hasil pertandingan jerung pasir.
 Biasa buat sandcastle je kan sebab terikut orang putih. Kali ini antara aktiviti di pantai bolehlah cari idea buat replika pasir binatang marin. Antara aktiviti yang tak memerlukan belanja yang banyak beriadah jika duduk berdekatan pantai.
 Yang ni kreatif jugakan ikan jerung gergasi makan bot macam wayang Hollywood.
 Untuk yang tak menang no. 1~3, ada jugalah saguhati dan sijil diberikan kepada anak-anak semua yang menyertai pertandingan mewarna.
 InsyaAllah jika ada rezeki, hujung bulan November ini ada limited stok biji benih seri pagi Jepun (Ipomoea nil) (RM18) dan ada juga Cypress Vine Color mixed (Ipomoea quamoclit) (RM15) dalam original packaging dari sana untuk gardeners yang berminat. Ada limited stock untuk reservation. Shipping adalah akhir bulan November. 
Japaneses Morning Glory Akatsuki no Mai
(18cm diameter flower)

Japaneses Morning Glory Akatsuki Kurenai 
(18cm diameter flower)

Japanese Morning Glory Akatsui Hikari
(18cm diameter flower)

Japanese Morning Glory Kikyozaki Mixed Color (Photo: more info click here)
(6cm diameter flower)

Khamis, 28 September 2017

Gulai Ayam Umbut Kelapa Sawit

 Cepat betul rasa masa berlalu bulan September ini, sampaikan posting terakhir bila tengok betul-betul dah sebulan tak release posting. Walaupun sebenarnya dah ada beberapa draft posting tersenarai gambar cuma tak sempat nak tambah cerita. Syukur Alhamdulillah bulan lepas ada terima undangan untuk bersama-sama memeriahkan perasmian Kampung Naboh di daerah kecil Matunggong, Kudat. Antara tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung di sini ialah pokok kelapa sawit. Pokok kelapa sawit di kawasan ini juga masih renek baru beberapa tahun dan ada yang sudah menghasilkan buah kelapa sawit. Dalam perjalanan ke rumah ketua kampung, ada perasan sepokok kelapa sawit tu macam bahagian atasnya baru dipotong terdedah nampakkan isi kulit tengah pokok di dalam atau umbutnya. Ternyata kali ini buat pertama kali Tukang Kebun dapatlah merasa umbut kelapa sawit. Umbut kelapa sawit buat masak gulai ayam. Walaupun terdapat pelbagai lauk, lauk inilah yang Tukang Kebun pulun merasa.

video
 Setelah makan tengahari di bawah khemah di kelilingi pokok kelapa sawit, tetamu VIP pun sudah selesa duduk di pentas kehormat, anak-anak kampung mulakan persembahan tarian tradisional mereka. Kasihan juga anak-anak ini lama tunggu dari awal pagi lagi untuk buat persembahan, lepas tengahari baru dapat buat persembahan menunggu ketibaan tetamu VIP. Sementara tunggu tetamu kehormat sampai untuk perasmian kampung, kita karoake la dulu. Kampung Naboh ini menghadap Teluk Marudu dan hampir seluruh penduduknya adalah dari etnik Rungus. Selain dari rezeki dapat merasa gulai umbut kelapa sawit, pada Raya Qurban tahun ini juga dapat merasa gulai umbut kelapa juga. Kekadang terlupa juga yang pokok kelapa sawit dan pokok kelapa yang bahagian umbutnya juga boleh buat makanan selain buah dari dua jenis pokok ini boleh dapatkan minyak masak.
 Selain dari kelapa sawit, ada juga penduduk yang buka tanah berkebun serai tanam bersama ubi kayu seperti gambar di bawah. Boleh juga cuba tanam ubi kayu dengan serai kan. Lagipun masa untuk tuaian jika tanam serentak adalah lebih kurang sama sahaja.
 Jika ada yang berminat nak tanam ubi kayu sekarang untuk tuai ubinya di lembah Klang sesuai sebab bila tanam sekarang masa tuaiannya tahun depat adalah musim kering. Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan keratan segar ubi kayu baka Sabah untuk yang berminat.

~7 fresh cutting ubi kayu Sabah RM5.00 ~

Untuk minggu ini ada self-collect pada hari Ahad.

Ikut keadaan cuaca jika yang mengidam nak makan isi ubi kayu pun ada, kalau tak hujan.

~ 2 kilogram ubi kayu organik RM5.00 ~

Jenis buah pisang segar organik yang available untuk minggu ini ialah Pisang Nangka.

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~

Jika ada nak buat minyak kelapa dara sendiri,

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 .


Selasa, 29 Ogos 2017

Citrus and Coconut

 Gerangan tumbuhan manakah yang menghasilkan bunga warna putih ini yang semerbak di awal pagi menjadi tarikan si lebah yang rajin kumpulkan makanan? Walaupun setangkai menghasilkan gugusan bunga, kebarangkalian supaya buahnya menjadi besar sepanjang tapak tangan mungkin satu atau dua biji buah limau yang akan terhasil dari gugusan bunga setangkai. Semasa tangkai berbunga ianya masih mampu berdiri tegak, lama kelamaan rantingnya lentur jatuh ke bawah kerana tidak dapat menampung buah yang makin besar dan mengandungi jus berkhasiat tersebut.
 Selalunya ketika mencari buah limau telur buaya yang ranum, Tukang Kebun kena angkat ranting-ranting rimbun. Ini kerana yang bahagian belah bawah pokok biasanya jika buahnya dah mula nak masak akan baring meranum di tanah macam pemberat yang tidak dapat tangkainya menanggung tergantung di udara. Mula-mula Big Boss agak risau anak pokok limau telur buaya yang ditanam bersebelahan pokok kelapa mungkin tak dapat hidup dengan baik (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah kini makin rimbun dan tidak putus-putus menghasilkan buah (related posting klik sini).
 Cemburu agaknya, pokok coconut tersebut pun sekarang dah mula menunjukkan tanda mula nak menghasilkan buah. InsyaAllah akan Tukang Kebun kongsi ceritanya kemudian. Yang berminat untuk tanam pokok limau telur buaya di kebun masing-masing ada stock.

~ 1 tut pokok limau telur buaya RM25.00 ~

~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 (boleh pos laju) ~

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect Only) ~

~ 3 biji isi kelapa tua parut RM5.00 (Self-Collect Only) ~

Next Self-Collect Day:

~ 9th/10th September 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).
 Awal bulan ini Syukur Alhamdulillah Abby dah 5 tahun. Kesian masa birthday Abby , birthday girl tak beberapa sihat on 9th August. Birthday girl demam panas kuat. Nak kasi ceria Mama Abby bergegas juga la singgah beli birthday cake dan pensil warna permintaan dah lama serta buku-buku untuk Abby. Tak larat juga nak belek-belek hadiah, esok baru ada mood lepas nenek bagi mandi pelbagai jenis daun termasuk daun limau.

Isnin, 28 Ogos 2017

Cheeky Cashmere Bouquet

 Kawasan bersebelahan parkir belakang bulan Ramadhan lalu yang subur dengan pembiakan tumbuh anak-anak pokok Cashmere Bouquet dikemaskan. Sambil mencabut keluar pokok-pokok Cashmere Bouquet yang tak makan saman masuk territory pokok-pokok lain. Bila menarik keluar sepokok Cashmere Bouquet terkejut siap ada gugusan bawang-bawang gemuk tertarik bersamanya. Pandai Cashemere Bouquet ini menyisip celah gugusan bawang-bawang ini untuk membiak anak pokok yang baru. 

More info about Cashmere Bouquet (Click Here).
 Baru Tukang Kebun teringat semula yang kawasan ini memang dulu ada tumbuh pokok-pokok amaryllis. Ketika Tukang Kebun cabut rumpai kemaskan kawasan ini, bawang pokok bunga amaryllis warna salmon pink ini yang sedang tidur atau dormant. Banyak sudah bawang-bawang amaryllis membiak di sini dalam diam-diam. Sambil ragut rumpai banyak bawang yang tertarik keluar sekali.
 Apabila musim hujan tiba membasahi bumi yang telah lama kering bangunlah kembali bawang-bawang pokok bunga jenis amaryllis salmon pink ini untuk membuatnya teruja untuk berbunga setelah lama tidur.
 Pokok bunga yang berbawang lebih rajin berbunga pula ialah jenis bunga putih ini yang juga dipanggil Sacred Lily of Incas.
 Yang jenis ini jarang bawangnya duduk tido sentiasa evergreen dan juga tak fussy dengan pencahayaan. Boleh juga ditanam di tempat yang redup untuk pokok bunga Sacred Lily of Incas. Kalau pokok bunga amaryllis pink lebih suka kawasan yang bercahaya untuk berbunga lebih baik.
Special Saving Price for Sambutan Hari Malaysia until 30th September 2017: 
~1 pot Cashmere Bouquet plant for RM5.00 .
~ 4 bawang Amaryllis Salmon Pink for RM10.00 .
~ 4 bawang Sacred Lily of Incas for RM10.00 .

Ahad, 27 Ogos 2017

Tabin White Flower Spiral Ginger

 Antara aktiviti yang digemari oleh pelawat ke Tabin ialah Bird Watching. Jadi elok juga bawa binocular bersama-sama. Jika nak pinjam binocular dari Tabin Wildlife Resort harga sewa ialah RM100. Yang suka ambil gambar ada lens yang boleh zoom jauh la ya. Camera Tukang Kebun pun dah uzur ini belum dapat beli pengganti, gambar jauh yang diambil banyak pun credit dari adik Tukang Kebun la. Lagipun tangan kami ini pun tak handsfree lagi banyak nak kena uruskan anak-anak lagi tiada tangan yang dapat pegang gadget sangat, so just enjoy the view.
  Selain dari duduk atas truck mencari kelibat binatang liar, ada juga tempat singgahan menara tinggi untuk lihat keliling jika bernasib baik ada nampak binatang liar. Sambil duduk di bawah kanopi pokok berteduh.
 Kadangkala jika ada rezeki kelihatan ada sekumpulan burung-burung yang terbang di atas kepala. Beberapa kali juga terserempak jenis burung enggang berterbangan sekawan. Di Tabin ini ada sekurang-kurangnya lapan jenis enggang yang boleh diperhatikan. Syukur Alhamdulillah ada sekurang-kurangnya 3 jenis yang kami bernasib baik dapat lihat dengan mata sendiri. Lapan jenis enggang yang terdapat di Tabin ialah:
  1. Bushy-crested Hornbill
  2. White-Crowned Hornbill
  3. Wrinkled Hornbill
  4. Weathered Hornbill
  5. Asian Black Hornbill
  6. Oriental Pied Hornbill
  7. Rhinoceros Hornbill
  8. Helmeted Hornbill

 Ada jugalah adegan the battle of buaian. Tapi macam tak adil kan berbanding size dan umur.
 Berdekatan pula ada macam sepasang Asian Black Hornbill sedang berdating. Yang betina beak hitam dan jantan beak kuning. 
 Duduk diam tak bergerak-gerak beristirehat di balik rimbunan daun yang seakan warna kulitnya terlindung ada si viper. Buah ficus keluarga fig tu banyak nak meranum jika penggemar tak sedar ada penunggu di situ. Ular ini amat berbisa ya, jadi berhati-hatilah jangan ganggu dia. Biasanya ular tak menyerang kecuali rasa dirinya terancam atau terkejut.
 Tukang Kebun perhatikan di Tabin ini di kawasan yang pernah diterangkan dekat dengan ladang kelapa sawit banyak jenis spiral ginger seperti di bawah ini tumbuh subur liar. Di bawah kanopi pokok dalam teduhan juga banyak. Sekali imbas kelihatan macam pokok setawar putih yang lebih biasa dikenali (related posting klik sini). Tetapi bila diamati dengan lebih dekat, lain banyak juga spiral ginger bunga putih ini. Bentuk kembang bunganya berbeza dan warna sepal/acorn juga berbeza iaitu hijau manakala kalau setawar putih/crepe ginger warnanya merah. Ketinggian size gugusan macam acorn tu juga berbeza. Belum lagi dapat Tukang Kebun pastikan sama ada ini memang native kawasan ini atau dari evolutionary aspect a sister species lah. Ataupun an introduce species dan sudah naturalised di kawasan ini. Tetapi pasti ada jenis burung yang ambil benefit untuk dapat makanan dari dalam kelopak bunga ini ikut bentuk paruh mereka. Sebab biji benihnya bertaburan ada tumbuh pokok ini merata-rata di sepanjang jalan dalam hutan simpan Tabin ini.
 Jenis spiral ginger yang berbunga putih atau dikenali setawar putih di tanah air kita ini yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah seperti di bawah.

 Info lanjut Setawar Putih (klik sini).
 Selain dari dapat menikmati bunganya yang indah, bila sudah layu dan kering bahagian sepalnya boleh dijadikan perhiasan dalaman rumah yang menarik.
 Pokok setawar putih ini juga sesuai dijadikan pokok pagar kerana boleh tumbuh lebih tinggi dari tembok pagar rumah seperti gambar di bawah. Di belakang pokok setawar putih itu ialah pokok singkong pulut (related posting klik sini).
 Sempena sambutan bulan Merdeka dan Hari Malaysia, sehingga 30hb September 2017 ada promosi 3 set rhizome setawar putih/crepe ginger for RM10.