No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 16 Januari 2017

Drunken Driver and Sailor


 Pada tahun 2016 lepas, pengalaman pertama kali Tukang Kebun kena langgar dengan orang mabuk. Nasib baik tiada kecederaan untuk mangsa-mangsa lain yang kena langgar juga dengan pemandu mabuk. Kemalangan yang tidak diingini ini berlaku Tukang Kebun seorang sahaja yang berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menjemput dear husband yang lepas kerja terus terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Pertama kali sementara tunggu waktu nak tiba keluar dari rumah ambil dear husband yang sampai dalam tengah malam Tukang Kebun terlelap. Dear husband dah sampai tunggu setengah jam lebih baru dipanggilnya Tukang Kebun kejutkan bangun dari tidur. Anak-anak pun dah terlelap tidur jadi Tukang Kebun keluar rumah seorang sahaja. Mata pun dah segar sebab dah tido beberapa jam.

 Dah agak dalam pukul satu pagi dah berhadapan pun dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu tengah kereta berhenti tunggu lampu isyarat sedang merah nak tunggu hijau tempat simpang lampu isyarat orang nak keluar dari airport. Kereta Tukang Kebun yang di depan sekali traffic light sebelah tepi jalan sekali slow lane. Sekali terdengar macam ada kereta di belakang Tukang Kebun kena hentam dengan kereta. Tukang Kebun waswas rasa nak berhenti tengok dahulu sebab lagipun merbahaya waktu tengah malam seorang perempuan pandu seorang-orang. Takut ada kes kekadang orang sengaja langgar nak menyamun. Apahal ambil dear husband dulu ada teman.

 Lampu pun bertukar ke hijau, Tukang Kebun pun baru nak mula gerak kereta sekali ada bunyi kena hentam di belakang kereta Tukang Kebun pula. Bila Tukang Kebun toleh rupanya ada kereta kancil putih yang dah remuk teruk pun tengah undur cepat larikan diri. Kemudian kelihatan banyak kereta dan motosikal pergi kejar kancil putih tersebut. Tukang Kebun pun teragak-agak nak turun dari kereta tersebut atau nak kejar. Tengok ada sebuah kereta yang kena langgar teruk di belakang berhenti. Jadi Tukang Kebun pun berhenti sekejap tanya bagaimana keadaan dia. Katanya dia okay, cuma dia sedang minta tolong kawannya yang kebetulan pun sedang balik kerja saing sama bawa kereta lain pergi kejar kereta kancil putih tersebut. Tukang Kebun kata saya ambillah dulu suami saya tunggu sudah di airport nanti saya singgah semula.
 Lepas ambil dear husband, kami nampak persimpangan nak masuk Jalan Lintas ada orang berkerumun. Rupanya kerjasama semua yang jadi saksi perlanggaran beberapa kereta dan motosikal berhenti di lampu isyarat merah kejar pemandu mabuk berjaya memberhentikan kereta tersebut. Sebab bila kereta kancil itu nak belok ke Jalan Lintas, kereta di depan kancil berhenti dan ada kereta blok di belakang jadi telah diapit tak dapat nak bergerak. Polis peronda jalan pun efficient sudah ada di situ. Yang tak manis ditengok ialah pemandu mabuk tu pula menjerit-jerit dekat polis perli-perli kata dia orang sini kamu orang Semenanjung. Bikin malu ja ini pemandu mabuk. Anak pemandu mabuk yang dipanggil datang dengan berlainan kereta kat tempat kejadian pun juga sama-sama mabuk macam ayahnya. Anak-beranak bau alkohol kuat. Rupa-rupanya mereka ini baru balik dari kenduri tapi bawa kereta dalam keadaan mabuk. Yang kami mangsa-mangsa kena langgar pula semua cool sahaja tunggu polis trafik sampai, sebab semua orang malas nak layan orang mabuk ini.

  Kereta Tukang Kebun calar sahaja yang teruk dua kereta lain. Kereta yang kena langgar dahulu tu memang teruklah belakang keretanya. Pemandu kereta itu pun kata dia dah perasan awal kereta kancil putih ini driver dia mabuk sebab masa atas jalan masa dia ikut di belakang beberapa kali nampak kereta putih kancil ini terberhenti di tengah-tengah jalan laju. Kemudian dia cepatlah potong kereta mabuk tu. Tapi dah berhenti depan lampu merah kena hentam di belakang. Kemudian bila driver mabuk tu nak cabut lari dia kan mabuk tak boleh buat pertimbangan betul, pemabuk tu langgar tepi kereta yang sedang tunggu di belakang kereta Tukang Kebun itu impactnya tak berapa kuat dekat kereta Tukang Kebun. Kasihan dekat kereta yang jadi mangsa cushion impact hentaman kancil putih itu sebab masih baru lagi keretanya dah calar balar lengkuk sikit. Pemandu kereta baru tu pun kata ini kurang nasib baik gara-gara lapar malam mau cari mengidam KFC. 

  Sampai pukul lima pagi kami di Balai Polis nak tunggu siap buat laporan polis. Ada jugalah beberapa kali polis traffik tanya nak settle di luar ka. Tukang Kebun kata nak buat juga, saya bukan masalah mau minta gantirugi, saya mau beri pengajaran sebab pemandu itu tidak sepatutnya bawa kereta dalam keadaan ada pengaruh alkohol membahayakan nyawa orang lain. Polis peronda pula beriya-iya suruh buat laporan sahaja jangan dilayan pemandu mabuk tu.
 Kalau musim berbunga pokok 'Drunken Sailor' kami pula mabuk dalam kebun dengan harumannya lebih-lebih lagi pada waktu embun banyak. 'Drunken Sailor' ini pun nakal kekadang habis dililitnya pokok-pokok yang tinggi untuk mencari banyak cahaya matahari supaya meriah kembang bunganya. Cuma berhati-hati kalau pokok citrus/jenis limau tak gemar sangat jika dibiarkan pokok melillit merimbun lama di atas pokoknya. Lepas dah habis musim bunga dia lantas lekas-lekas kami pangkas kasi clear dari pokok citrus kena panjat macam gamar di atas yang dipanjatnya si limau Kasturi dan si limau Kapas. Jangan risau cepat sahaja ia merimbun semula carilah pokok lain nak dililit ya wahai Drunken Sailor.

More info on Drunken Sailor (click here).
 Yang berminat untuk dapatkan pokok Drunken Sailor/akar dani ada stok semula di Kebun Bahagia Bersama.  Jenis akar dani yang kelopaknya berlapis-lapis. Yang tiada masa nak self-collect atau jauh, kami boleh pos bunga ini. 

~ 1 bekas pokok Drunken Sailor/Akar Dani RM8.00 ~

4 ulasan:

norhidana miswan berkata...

baru dana tau nama bunga ut drunken sailor kak... mmg wangi bunga nya...
cantik pulak tuh bunga dia kembang mekar ngn banyak...

mmg teruk betul lah pemandu mabuk tuh, pandai pulak dh langgar org nk cabut lari, nsbla ramai yg membantu... rasain lah

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Takut kan bila memandu ada pemandu mabuk sama2 atas jalan raya. Biasa juga nampak pemandu yg jenis bawa kereta kejap2 masuk lane kiri, kejap2 masuk lane kanan. Ni sah2 mabuk. Kalau tak mabuk, mungkin mengantuk. Biasanya jumpa awal pagi jam 2, 3 pagi. Kami biasa pulang ke kampong waktu2 macam tu bila suami habis kerja jam 12 tengah malam. Bunga akar dani tu baru tau nama lainnya drunken sailor... hihi...

suka suka berkata...

Anak Kak Mar pula depan belakang kena.. mcm sandwich.. bmw laju langgar.. bertunda2 jadinya kereta yang kemalangan.. semalam pula kena depan.. yang reverse tak tengok kereta belakang.. dah nak kena..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Ya dahlah mabuk bawa kereta pun dah tak betul, nak juga cabut lari.
Ramai geram pergi kejar sebab dia kalau tak diberhentikan takut ada mangsa-mangsa lain. Takut accident yang lebih teruk sahaja kan.

Salam Bahagia Kak Ratna,

Kalau ngantuk kita tau dia susah nak control ngantuk tu kan...tapi kalau memang dah mabuk patut tak bawa kereta lagi dah.

Salam Bahagia Kak Mar,

Adui kalau yang sandwich memang tak boleh elak dah.