No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 27 Januari 2017

Udang Galah Sandakan

 Teringat malam ini kawan-kawan berbangsa Cina akan mula menyambut Tahun Baru Cina dengan makan besar bersama orang-orang tersayang. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya semoga tahun ayam jantan ini kali, may your garden prosper more and bring you good health for your body, mental, emotion and spritually. 

  Bila teringat makan besar terimbas kenangan pertama kali kami makan seafood pesan udang galah sendiri. Bukan tak pernah makan udang galah cuma tak pernahlah kalau kami sendiri yang buat pesanan biasanya kena belanja hehehe....Teringin nak rasa udang galah Sandakan punya pasal, out of pocket sendirilah pertama kali ini untuk yang tersayang.
  Setelah selesai kami melancong di Abai, Sungai Kinabatangan (related posting klik sini), sampai jeti dekat Bandar Sandakan kami terus menuju ke Gua Gamantong. Dari bandar Sandakan ke Gua Gamantong, dengan kereta mengambil masa agak 1 jam. Selepas kami selesai melawat Gua Gamantong (related posting klik sini), kami kembali semula ke Bandar Sandakan untuk mencari tempat tinggal. Semasa kami sampai di Bandar Sandakan sudah mula hujan dan gelap. Setelah berjaya mendapatkan bilik di Guest House setelah survey bertanya beberapa tempat penginapan dapatlah bilik yang ada 2 katil deluxe dengan harga dalam RM120. Banyak juga Guest House tapi ketika itu kami risau dengan tempat letak kereta sebab ianya terletak di kawasan deretan kedai-kedai dalam bandar Sandakan bukan khas dan sunyi. Yang kami pilih sebab kebetulan, ada kawasan letak kereta berdekatan dengan tempat penginapan dan nampak waktu malam tempat itu masih hidup dengan bar berdekatan. Nak duduk hotel pula macam tak berbaloi sebab awal pagi esok dah nak check out beransur balik ke Kota Kinabalu.

  Kami pergi mencari tempat penginapan dahulu kerana nak pergi makan dahulu pun tak lalu kalau tak bersihkan diri dahulu. Yalah baru masuk gua masih rasa meremang-remang badan kalau tak dibersihkan dahulu. Setelah bersihkan diri dan selesaikan yang wajib kami bergeraklah keluar untuk penuhkan satu hasrat lagi iaitu makan seafood di bandar Sandakan. Sebab dah lama dengar review seafood di Sandakan lebih murah berbanding dengan Kota Kinabalu dan sedap. Sunyi juga bandar Sandakan pada waktu malam memang kelihatan ramai bergesa-gesa nak balik. Kami agak-agak mungkin di persisiran pantai pun mesti ada kedai Seafood jadi kami pandu kereta berdekatan dengan kawasan pandai main agak-agak sahaja. Ternampak ada macam lampu neon beberapa deretan kedai di sepanjang pantai dekat-dekat. Tapi hairan mana jalan masuk nak ke deretan kedai tersebut. Sampai beberapa kali kami pusing-pusing di kawasan tersebut yang sedang hujan dalam gelap tak beberapa nampak.

 Kemudian terdetik, adakah nak ke restoran ini memang kena berhenti di depan deretan kawasan perkampungan atas air dan masuk di celah-celah rumah orang. Kami pun beranikan diri intai celah-celah rumah orang, nampak ada bayang lampu-lampu neon memang itulah restoran seafood. Rupa-rupanya memang tiada jalan raya terus ke restoran-restoran seafood yang berdekatan dengan Masjid Daerah Sandakan ini, kena jalan kaki beberapa puluh meter masuk ke dalam kawasan perkampungan air ini. Memang kawasan restoran-restoran seafood yang kami pilih ini di atas air dalam penjuru tepi perkampungan atas air. 

 Sambil-sambil tunggu kawan yang bekerja di Fakulti Pertanian, UMS kami pun membuat pesanan makanan laut. Pertama kalilah Tukang Kebun pesan seekor udang galah. Punyalah anak-anak suka sungguh makan udang galah rasa pertama kali. Sampai lepas tu kami makan makanan laut di Kota Kinabalu, Rayyan sempat tanya Mama tak pesan udang galah lagi ke hehehe...Yang kami terkejut sebenarnya restoran laut yang kami pergi ini, restoran di sebelahnyalah yang kejadian orang-orang diculik terjadi. Penculik naik ke restoran dari laut, kemudian terus dibawa lari melalui laut. Restoran di sebelah itu pun sudah tutup terus cerita kawan kami. Masa awal-awal kejadian memang sehingga dikatakan untuk menjamin keselamatan pelanggan security atau polis ada jaga di hujung kaki restoran yang bersebelahan laut. Patutlah memang baru waktu 9:30 malam ramai pekerja dah mula bersiap-siap nak tutup kedai dah nak balik. Penduduk yang duduk di atas air pun semua macam tak berpenghuni pintu dan tingkap tutup rapat-rapat semua masih phobia dengan kejadian penculikan yang tidak diingini walaupun di dalam rumah banyak cahaya lampu. Tapi restoran makanan laut di sini memang antara yang paling sedap di bandar Sandakan.
 Pokok bunga allamanda ini adalah antara pokok bunga yang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Lagi banyak cahaya matahari lebih meriah ianya berbunga. Suka betul dengan cuaca sepanjang tahun 2016 kerana sepanjang tahun tersebut tak putus-putus berbunga. Bila pruning cepat sahaja ianya naik semula merimbun. Tahun Baru Cina ini pun dialah yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama.

 Selagi stok masih ada kami buat sales pokok allamanda berwarna almond ini sehingga 28hb February 2017 dengan harga 1 pot RM8.00 (normal price RM15.00). Stok terkini kalau yang rajin self-collect ada juga tangkainya lebih tinggi dari Tukang Kebun. Pokok Allamanda Almond ini sesuai juga ditanam dalam pasu. Sesuai untuk novice gardener. Easy to care plant.

4 ulasan:

Juls Julie80 berkata...

cantiknya bunga Alamanda... jarang jumpa yang warna ni..hihi

Normala Saad berkata...

Saya ada sepokok color ni..memang lembut dan cantik warnanya.

norhidana miswan berkata...

msti fresh udang glh kt situ kan kak... tp ngeri lak baca cite psl yg kene culik2 tuh...

cantik btl bunga alamanda tuh yek... warna dia tuh yg menarik

TukangKebun berkata...

Juls Julie80,

Yang alamanda jenis ini bunganya lebih besar dari yang biasa warna kuning tu.

Salam Bahagia Kak Mala,

Ada macam perangai pokok akar dani yang jenis alamanda ini, kalau tak ditarik semua keluar akarnya akan tiba-tiba muncul anak-anak pokok baru.

Salam Bahagia Dana,

Kat kampung air ni memang walaupun berlampu, pintu dan tingkap bertutup rapat serta kurang kedengaran bunyi dari dalam. Orang-orang kampung dah phobia semua balik awal berkurung lekas dalam rumah. Kalau kat tempat lain jika tempat makan begini belum pukul 8 masih meriah kan. Kat sini pukul 8 macam dah suasana pukul 2 pagi.