No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 5 April 2017

Salam So Tall

 Pokok daun Salam juga dikenali sebagai pokok serai kayu di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pokoknya amat mudah dijaga di kawasan tropika kerana ianya adalah adik beradik jambu air. Malah apabila ianya sudah matang ia juga akan berbunga yang mirip macam bunga jambu air berwarna putih. Cuma saiznya adalah lebih kecil.
 Lebah dan kelulut sangat sukakan manisan dari bunga pokok daun salam untuk dijadikan sumber makanannya. Seperti pokok jambu air yang kerap berbuah beberapa kali sepanjang tahun. Sifat ini sama juga dengan pokok daun salam.
 Kedatangan banyak agen pendebungaan akan menghasilkan bergugusan buah daun salam. Apabila buahnya matang ianya berwarna merah berkilat. Kemudian burung dan kelawar pula yang menjadikan buah ranum dari pokok daun salam sebagai sumber makanan mereka. Untuk manusia pula daun dari pokok daun salam ini memang memberikan pelbagai khasiat dan rawatan tradisional. Kalau Tukang Kebun kategorikan pokok daun salam ini kepada pokok buah-buahan bukan pokok herba. Sebab buahnya memang boleh dimakan macam buah jambu air. Sumber makanan untuk pelbagai makhluk Allah. Pokok salam ini boleh hidup dengan usia yang lama, lepas kita jadi baja pun masih boleh bersedekah lagi kepada mahkluk Allah yang lain.

Info selanjutnya boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).
 Stok anak pokok daun salam kembali semula bulan April ini.

~ 1 bekas anak pokok daun salam RM10.00 (boleh pos laju atau self-collect) ~

Kami juga membekalkan daun salam.

~ 1 ikat daun salam RM1.00 (boleh pos laju atau self-collect~
 Tahun lepas kami ada potong pokok daun salam untuk kasi ianya saiz rendang sebab pada September 2016 ketinggiannya dah lebih tinggi dari rumah 3 tingkat seperti gambar di atas. Tinggi lagi dari pokok petai jirannya. Boleh anggarkan sendiri ketinggiannya berpandukan ketinggian tangga tersebut yang panjang 2 meter di mana my dear husband (bulatan biru) gunakan untuk panjat sambil potong batang pokok daun salam. Jika dari mata kasar Tukang Kebun ada lebih 8 meter ketinggiannya. Gambar di bawah lepas dipotong tumbang batangnya. Terang benderang terus keliling kawasan pokok daun salam tersebut. Sekarang sebenarnya dah merimbun semula daunnya dengan pantas. 
 Jika ditanam dalam pasu saiznya tak besarlah macam pokok asal daun salam si maknya ni. Mungkin sesuai sangat tanah dia. Sebab pokok petai sebelah dia tu sebenarnya pokok tut. Tapi tumbuh tinggi juga melampai begitu. Cuma sekarang agak serik tanam pokok tut petai. Sebab bila dah beberapa season dia berbuah kemudian pokoknya jadi rapuh habis patah-patah dahannya dah tak kuat dan tengok gaya tak panjang sudah usianya tu. Fruit early but they don't last long. Manja kalau tut ni kalau tak dijaga habislah....
  Pokok salam secara logiknya tak perlu tut sebab rata-rata yang nak gunakan pokok ini pun bahagian daunnya kan. Pokok salam daunnya bila dah tumbuh banyak bila-bila boleh petik regardless of its age. Lagipun pokok salam ni express cepat membesar. Kalau banyak cahaya matahari dan tanah subur dalam 6 bulan boleh tumbuh dalam 1 meter. Pokok salam dengan natural root growth biasanya lebih drought-tolerant sebab akarnya lebih bijak mencari makanan dan airnya sendiri.

5 ulasan:

AMIIZAA berkata...

salams rindu dari kak mieja
terliur tgk buah merah tu:)

Warisan Petani berkata...

Kat sini panggil pokok serai kayu.

norhidana miswan berkata...

apa rasanya buah merah tu kak

Normala Saad berkata...

Kat tempat kak panggil pokok samak. Zaman budak dulu rajin kutip buah masaknya makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mieja,

Rindu juga kat Kak Mieja,
masa Tukang Kebun terhad sekarang sampai blog pun dah jadi agak terabai.

Salam Bahagia Warisan Petani,

Ya ada juga yang panggil pokok serai kayu.

Salam Bahagia Dana,

Isi dalamnya lemak manis.

Salam Bahagia Kak Mala,

Ya juga ada tempat panggil pokok samak.
Lebah dan kelulut suka betul bunga manisannya, membuatkan buahnya jadi amat lebat.
Jadi makanan pula kepada burung dan kelawar.