No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 17 Disember 2017

Air Terjun Lipad Berkembar

 Syukur Alhamdulillah tahun ini, anak-anak banyak peluang untuk merasa pelbagai pengalaman baru dan sedang berkembang dengan pesat juga pertumbuhan perkembangan fizikal, mental dan emosi juga. Rasa tak terkejar dengan pembesaran anak-anak buat kedua ibubapanya makin tak cukup tangan rasa. Begitu jugalah dengan kami faham dengan ramai rakan-rakan yang mula berkenalan dari blog kekadang lama tak sempat bertanya khabar juga sepi sebab alami perkara yang sama. Kami ucapkan berbanyak terima kasih kerana ada juga rakan-rakan berkenalan dari wujudnya blog ini cuba juga luang sedikit masa untuk menghantar berita dan bertanya khabar. Kami juga ingin memohon maaf dari pihak kami yang agak lambat macam snail mail atau snail message beberapa minggu ini. Yang dah lama kenali Kebun Bahagia Bersama kenali rentak tak menentu kami ini yang Allah tentukan perancangan kehidupan kami dan kepada semua yang tak pernah pasang syak wasangka buruk kepada Kebun Bahagia Bersama, terima kasih banyak-banyak. Kepercayaan yang diberikan sangat berharga jika tidak mana mungkin Kebun Bahagia Bersama masih ada dari tahun 2012. Tak kenal maka tak sayangkan kan hehehe...lagipun sebagai seorang gardener ini sifat sabar adalah penting because you need to "nurture" the plant. Same goes as nurturing your child you need a lot of patience. Rasa tahun 2017 ini terlalu pantas berlalu dan tinggal dua minggu lagi sudah masuk tahun 2018.
 Syukur Alhamdulillah tahun ini diberikan beberapa kali rezeki berjalan-jalan tengok tempat orang lain. Banyak juga ilmu yang diperolehi, semoga diberkati. Syukur Alhamdulillah tahun ini anak-anak dapat pengalaman pertama kali mandi di kawasan air terjun. Semasa kami di Tabin, salah satu aktiviti ialah mandi manda atau lepak kat air terjun Lipad.
 Nak ke kawasan air terjun tu kena basah jugalah redah sungai hehehe...jika yang pandai berenang boleh tukar baju mandi terus berenang ke arah air terjun lah. Pelancong luar negara semua berenang je ke arah air terjun. Ada kut dalam jarak 100 meters? Ada kawasan dalam juga tu Tukang Kebun testing masa nak balik sebab dah malas nak jalan atas tebing sungai batu-batu dia jenis tajam sakit kaki pinjam pelampung anak hahaha.....Jadi papa yang kena escort anak seberang sungai. Belum sempat lagi jejak kaki dalam air masa sampai, Tukang Kebun dah nampak ular sedang berenang dalam air. Nasib baik dia dalam arah berlawanan hehehe....
 Batu sini formation dia tajam-tajam sakit kaki nak jalan tak macam di sungai kampung Big Boss dia bulat-bulat licin ja. Gambar-gambar ini pun banyak sumbangan dari adik Tukang Kebun yang ambil.
 Air Terjun Lipad ini paras airnya sangat-sangat dalam. Masuk sikit sahaja dari tebing dah tenggelam. Dasar airnya pun nampaknya berbatu-batu besar. Yang pergi sampai ke bawah air terjun betul-betul berenang pun yang lelaki dewasa sahaja termasuklah papa Abby. Tukang Kebun tak keyakinan boleh sampai berenang ke sana sebab out of shape. Ilhan pula menangis-nangis kata nak pergi ke sana. Papa kena slow talk dengan Ilhan, bagi contoh mama pula, kalau mama pun tak pergi berenang sebab takut tak larat nak sampai bawah air terjun nanti tenggelam, apalagi Ilhan belum mahir berenang lagi. Ilhan kena belajar berenang sungguh-sungguh dulu.
 Dinasihatkan bawa pelampung-pelampung sekali untuk anak-anak bermain bila melawat air terjun lipad berkembar ini. Air pun gelap jadi tak nampak dasar dia. Kami main air setakat tempat yang tak tenggelam sahajalah. Tapi seronok juga lepak-lepak sini sebab banyak jenis burung boleh nampak. Beberapa ekor helang berlegar-legar di atas kawasan air terjun lipad. Kemudian pelbagai spesies burung raja udang yang jenis besar juga banyak terbang lalu lalang. Bring your binoculars. Kami sekeluarga dengan anak-anak pertama kali beriadah di kawasan air terjun sebegini, very nice experience.
 Nasib baik Abby tahu limit dia banyak duduk di siring sahaja tempat cetek. Kekadang main baling-baling bola dengan Rayyan. Akhirnya ini last entry untuk postings lawatan ke Tabin Wildlife Resort minggu pertama Raya Aidilfitri tahun ini. Agak sukar juga nak tulis entry posting ini, tertunda-tunda sebab masih rasa sebak lagi kehilangan seorang sahabat. Doa ku untuk mu moga damai mu di sana, kerana yang mencipta dirimu amat menyayangi dirimu.

 Balik dari aktiviti lawatan air terjun Tabin ini lepas makan tengahari sambil berehat tak disangka dalam pukul 2:00PM menerima khabar berita pemergianmu. Usia kita hanya beza beberapa minggu, ketiga-tiga anak semuanya sebaya, cuma bila No. 4 diriku tak mampu nak terkejar bila kali terakhir kita bertemu. Masih lagi anak yang keempat belum putus susu dengan mu yang telah kembali kepadaNYA. Masih lagi basah pipi ini bila terkenang dengan dirimu, rindu padamu kadangkala rasa seolah dirimu masih ada lagi seperti biasa. Doaku yang keluargamu dan anak-anakmu tabah akan pemergianmu pemilik blog Ai nO TeGaKi. Dirimu pergi bagaikan tiada sudah dosa-dosa bila kembali kepadaNYA, baru sahaja selesai ibadah wajib puasa sebulan, sempat ambil gambar sekeluarga di pagi raya dan kongsi bersama rakan-rakan di media sosial. Kemudian petang Syawal pertama dikejarkan ke Hospital di Johor Bahru due to acute asthma attack. Dua minggu sebelum mu kembali kepadaNYa baru sahaja hari lahir mu. Damailah mu di sana.

Aktiviti 3 hari 2 malam di Tabin Wildlife Resort:
1st day: Lahar Lumpur Lipad (Klik Sini).
1st & 2nd day: Night Walk (Klik Sini).
2nd day: Early Morning Walk (Klik Sini).
2nd day: Wildlife Watching Drive (Klik Sini).
2nd day: Lipad Waterfall (This posting)
3rd day: Borneon Gibbon Watching (Klik Sini).

  Syukur Alhamdulillah berkesempatan juga anak-anak ini dapat terserempak dengan Pill Millipide ni spesies ulat gongok. Setiap kali ku terkenang arwah, Tukang kebun rasa betapa pentingnya family time. Make many good memories together at least when one of is gone we have something wonderful to remember the good times. Time with family is very precious. I think one of the reason banyak travelling this year. 
Pokok bunga menjalar yang sesuai untuk novice gardener dan kerap travel ialah yang water-saving dan bunga meriah all year round ialah pokok allamanda almond. Kalau nak meriah bunga kena banyak expose to direct sun. It likes many kisses from the sun. Boleh juga dibela dalam pasu.

~ 1 pot alluring almond  allamanda RM15 ~

More info on almond allamanda (klik sini).

Tiada ulasan: