No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 Disember 2017

KANMANGAFUCHI ABBYSS

Akhirnya setelah sejam lebih sampai di Nikko menyusuri Sungai Daiya (related posting klik sini) dari Jambatan Shinkyo, kami sampai jugalah tempat pertama yang ingin dituju di Nikko ini dengan nama tempat dikenali sebagai Kanmangafuchi Abbyss. Staf di Information Tourist Centre di JR Nikko station masa tukang kebun minta peta cara pergi tengok gaya kami memang dah budget kata dalam sejam lebih gaklah nak sampai. Google map punya estimation walking pun Tukang Kebun ada survey sebelum pergi tulis dari JR Nikko station sampai Kanmangafuchi Abbyss dalam 50 minit dengan jarak 3.5kilometer. Lama tak jalan kaki jarak begitu. Untuk maintain dalam 10 hari lepas adalah jalan kaki 4kilometer bersama papa Abby, Abby dan Rayyan. Boleh tahan Abby dan Rayyan sekarang speed up jalan laju je ke depan dahulu dengan kelajuan setiap satu kilometer ambil masa 10minit jalan kaki.
 Pada hari kami di Nikko ini cuaca mendung sahaja. Very peaceful kawasan Kanmangafuchi Abbyss ini nampak macam berada di Jepun dan no invasive tourist hehehe.....Boleh relax ambil gambar suka hati tak sesak-sesak sampai background pun tak nampak apa macam tempat padat tourist. Lama juga kami berada di sini sebelum nampak ada orang lain berkunjung. Kurang 10 orang lah terserempak masa kami di sini. Mesti tengah tempat lain terutamanya kawasan UNESCO heritage site tengah sesak.
                                               
 Seronoklah anak-anak ini explore main kawasan ini dengan bebas. Sepanjang tepi tebing sungai Daiya di kawasan ini ada patung-patung batu yang dipanggil hantu Jizo ''Bakejizo". Kononnya kalau kita kira bilangan patung hantu Jizo ini selalu tak sama kuantiti. Kali kedua kira mesti lain kononnya. Sebenarnya setiap patung Bakejizo ini ada nama dia kat batu-batu diukir tapi dah tak jelas. Ada juga ikut apa wish kita, kita bagilah offering dekat patung yang berkaitan. Ada tu setiap patung hantu Jizo ini protector untuk apa. Ada yang mungkin datang sini offer duit syiling Japanese Yen di tapak tangan hantu Jizo ini. Ada juga beberapa patung ni dah rosak sebab air sungai yang melimpah deras. 
Soalan Abby kepada Mama tak terjawab: Mama tempat kita pergi banyak patung tepi sungai main tu mesti miskin kan sebab kena bagi duit. Kena bagi sedekah kan.
  Warna air sungai di sini sangat biru macam warna turquoise tapi tak dapat ambil gambar sebenar reflect di kaca kamera.
 Antara tarikan unik di kawasan Kanmangafuchi Abbys ini untuk Nature Lover ialah bentuk batu batan di sungai ini. 


 Kawasan jurang ini tercipta dari letusan letupan gunung berapi beberapa ribu tahun dulu dan aliran sungai telah mencorakkan bentuk batu di sungai ini belekuk-lekuk.
 Suka aura kawasan sini very mystical or supernatural?
If it sunny, I wonder what the colour of this place will look like.
 Dalam perjalanan ke tempat lain pula, lalu di kawasan depan rumah orang ternampak pokok pine yang jenis renek dengan biji-biji acorn kecil comel macam gambar di bawah.
 Teringat kembali kepada pokok buah-buahan di rumah yang sedang berbuah. Tahun ini pokok rambutan lebat, tapi tak sempat nak makan sebab bila balik semua dah terlebih masak dah atas pokok.
 Self-Collect Day:
23rd/24th/25th December 2017 morning at 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau, Sungai Buloh.

~ 1kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah citrus mix RM5.00 .
~ 5 biji buah nam nam RM2.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00.
~ 3 biji kelapa parut RM5.00. 
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .
~ 1 ikat daun assam gelugor RM1.00 .
~1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 .
~ 1 ikat daun kelupis RM1.00 .
~ 1 ikat daun serai acheh RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi RM1.00 .
~ 1 ikat daun pandan wangi RM1.00 .


2 ulasan:

Normala Saad berkata...

cantik gambar air terjun dan suasana persekitaran macam lukisan saja...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Sungai dia tak selebar macam di Malaysia tapi jenis batu dia berlainan.
Warna sungai pun lain dari di Malaysia ni.