No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 21 November 2018

Herzegovina Belah Bandar Baru Mostar

 Di hari kedua berada di bumi Bosnia dan Herzegovina, kami menjelajah di bahagian Herzegovina berdekatan dengan bandar penuh bersejarah Mostar. Aktiviti pertama adalah mengikuti private tour dengan Herzeg Day Tours untuk pakej 'Exploring Vjetrinaca Cave Day Tour' yang amat seronok sekali bersama tour guide kami Camil. Tukang Kebun syorkan gunakan perkhidmatan Herzeg Day Tours jika nak menjelajah kawasan berhampiran dengan Mostar. Kami booking dua hari tour dengan Camil. Setelah selesai tour hari pertama dan Camil telah selamat hantar kami semula di tempat penginapan, barulah kami ambil peluang pula untuk bersiar-siar di bandar Mostar.
 Kawasan pertama yang kami jelajah di bandar Mostar ini ialah di bahagian bandar baru. Seperti di Sarajevo, di bandar Mostar ini juga ada bahagian old city dan new city. Jika di Mostar kalau kawasan new city kebanyakkannya adalah etnik Croats, manakala bahagian old city majoriti etnik Bosniaks. Sungai yang melalui bandar Mostar ini ialah Sungai Neretva. 
 Di Bandar Baru Mostar ini, menurut Camil ada shopping complex baru buka yang terkini pusat membeli belah paling besar di Bosnia and Herzegovina namanya Mepas Mall. Jika ikut standard di Malaysia pun, yang pusat membeli belah terbesar di bandar Kota Kinabalu pun masih lebih besar lagilah apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Jika nak dibandingkan dengan Pusat Membeli Belah baru di Sarajevo bersebelahan bangunan parlimen (related posting klik sini), pun tak sebesar Sunway Pyramid.
 Tujuan kami singgah masuk pusat membeli belah Mepas Mall ni pun kerana hajat nak tukar duit sahaja ke Bosnian Mark dan mata wang Croatia. Cuma di Bosnia ini kita hanya boleh tukar wang dari mata wang popular ke Bosnia atau mata wang Bosnia ke currency lain. Tidak boleh jika kita misalannya nak tukar mata wang Euro terus ke mata wang Croatia atau negara lain. Jadi kena tukar mata wang Euro/dollar/Japanese Yen ke Bosnia currency, kemudian guna duit Bosnia currency tersebut tukar ke mata wang lain. Jadi processing fees jadi double commision lah ya. Pergi ke local bank di Bosnia pun begitu juga.
 Selepas selesai urusan pertukaran wang, kami ronda-ronda dulu tempat menarik utama di Bandar Baru sebelum berjalan ke arah Bandar Lama pula. Ternampak pula gerai bergerak jual berangan panggang di tepi jalan. Belilah satu pek. Banyak juga sampai 5 hari baru habis jadi sumber tenaga bila sibuk berjalan-jalan masa duduk diam dalam bas.
 Tempat yang biasa pelancong datang nak tengok di bandar baru belah Mostar ini ialah Sniper Tower. Sniper Tower ini asalnya adalah bank yang bangunan bercermin kaca. Sekarang bangunan ini terbiar dan tempat lukisan grafitti.
 Berhadapan dengan bangunan yang sekarang dikenali dengan Sniper Tower juga ada bangunan yang ditinggalkan penuh dengan kesan bedilan peluru. Di sini adalah salah satu titik tempat pertempuran yang genting juga semasa Perang Bosnia dahulu antara dua pihak yang berlainan.
 Berhampiran kawasan ini ada taman Zrinjevac tempat orang tempatan beriadah bawa anak-anak bermain atau pets berjalan-jalan. Yang menarik dalam Taman Zrinjevac ialah ada patung ikut size sebenar Bruce Lee yang pertama di dunia. Bukan di Hong Kong patung pertama Bruce Lee tetapi di Mostar, Bosnia and Herzegovina.
 Salah satu yang menarik masa tengok orang-orang bawa anjing belaan kesayangan di Bosnia ialah banyak jenis breed anjing yang tak pernah dapat tengok di depan mata kalau di Malaysia. Geram tengok lebih-lebih lagi anjing yang gebu-gebu hahaha...sampai tak segan minta bergambar dengan anjing belaan dengan tuannya. Sampai ada anjing tak nak dah ikut tuannya, nak ikut kita pula.
 Bangunan warna terang ini sekarang dikenali sebagai Spanish Square kerana ramai tentera bantuan dari negara Spain semasa datang membantu Perang Bosnia mati bertempur di kawasan ini. Pemandu pelancong kami si Camil kata dulu bangunan ini adalah sekolah dia. Camil kata masa Perang Bosnia dulu dia berusia awal 20-an. Banyaklah Camil dapat berkongsi pengalaman sebenar yang dialami semasa Perang Bosnia yang dia juga terlibat berjuang untuk pihak yang dia sebelahi.
 Ada tugu peringatan nama-nama askar Spain yang menghembus nafas terakhir di kawasan ini semasa Perang Bosnia.
 Antara jenis Zucchini yang kebiasaannya di tanam di Bosnia and Herzegovina adalah jenis Zucchini Italian Strip. Yang ini memang packaging asal yang dijual di Bosnia and Herzegovina yang kami bekalkan. Pokok Zucchini boleh dibela di dalam pasu juga sesuai untuk balcony gardeners atau container gardeners yang ada banyak cahaya matahari sebab bukan jenis pokok merebak menjalar.

~ 1 pek asal dari Bosnia untuk Zucchini Italian Stripe ada anggaran lebih 50 biji benih RM12.00 ~

Info lanjut Zucchini Italian Stripe (klik sini).

Selasa, 20 November 2018

STARI MOST

 Antara highlight lawatan ke Herzegovina ialah melawat kawasan Mostar terutamanya sekitar bandar lama Mostar berdekatan jambatan yang mempunyai banyak sejarah dikenali sebagai 'Stari Most' atau 'Jambatan Lama'. Jambatan 'Stari Most' siap dibina pada tahun 1566 semasa empayar Ottomon memerintah kawasan ini. Jambatan 'Stari Most' ini telah diiktirafkan sebagai UNESCO world heritage site pada tahun 2005.
 Semasa Perang Bosnia dua dekad yang lalu, jambatan ini telah dibedil banyak kali sehingga batu-batu asal jatuh ke sungai di bawah pada 9hb November 1993. Setelah tamat Perang Bosnia, pelbagai negara telah menyumbang kewangan untuk membina semula jambatan ini dengan seupaya yang boleh menggunakan batu asal yang jatuh ke bawah sungai dengan rekabentuk yang asal.
 Pemandangan sekitar kawasan Jambatan lama ini bagaikan kita berada kembali di zaman Medieval atau fairy tale story. Lebih unik terdapat beberapa bangunan masjid lama bersebelahan Sungai Neretva. Jika ambil gambar di atas Stari Most ini ada pemandangan yang latarbelakangnya kelihatan bangunan masjid Koski Mehmed Pasha.
 Perkongsian tips bagi membeli belah cenderahati dari segi harga, Tukang Kebun dapati di Mostar lebih murah dari Sarajevo. Terutamanya benda-benda buatan logam. Beza banyaklah juga harganya terasa sebab kita menggunakan Euro yang mata wang lebih tinggi dari Ringgit Malaysia yang masih jauh ketinggalan. Shopping di Bandar Lama di Mostar lebih murah berbanding dengan Bandar Lama di Sarajevo. Jika nak beli magnet fridge atau keychain di Mostar lebih murah. Suasana baazar di Bandar Lama di Mostar juga menarik macam kita travel back zaman dulu-dulu dengan pavement berbatu-batu ni.
 Banyak cafe di sepanjang sungai Neretva ini suka hias kedai mereka dengan jenis bunga petunia. Biji benih pokok bunga petunia sangat halus ya, jadi hati-hati jangan tertimbus dalam sangat dengan tanah benihnya. Ada stok benih bunga petunia warna campur-campur masih dalam packaging asal dari Jepun bagi yang berminat (1 pek RM10).
 Kebetulan trip pertama Tukang Kebun pergi ke Stari Most di Mostar ini pada hari kedua di Bosnia ada persatuan diving Stari Most sedang standby mengumpul duit dari pelancong-pelancong untuk aksi terjun dari Stari Most ke dalam Sungai Neretva yang sejuk ini.
 Setelah berjaya mengumpul duit sejumlah 100Euro dari pelancong-pelancong akan ada diver yang terjun dari tengah jambatan Stari Most ke dalam sungai. Bukan sebarang orang sahaja boleh terjun la, siapa yang nak terjun kena buat latihan dengan persatuan diving Stari Most dulu. Ini juga adalah antara sumber pencarian antara orang tempatan di sini.
 Kami agak bernasib baik dapat tengok jugalah depan mata acara terjun dari jambatan Stari Most ini. Biasanya waktu sibuk ramai pelancong sekitar jambatan Stari Most ini adalah pada lewat petang sambil nak tengok matahari terbenam.
 Bila tengok gambar-gambar di sekitar Stari Most ni rasa puas hati dapat rasa sendiri suasana jalan-jalan di sekitar bandar Mostar ini. Kami menginap di Bandar Mostar selama 3 malam. Penginapan di bandar Mostar out peak season gunakan airbnb atau agoda boleh dikirakan murah jugalah, macam sama sahaja belanja kalau harga penginapan di Malaysia juga ada yang jauh lebih murah pun ada.
 Hari terakhir Tukang Kebun di Mostar, Tukang Kebun ambil kesempatan ronda-ronda di bandar lama Mostar pada awal pagi pun rasa bahagia. Perhatikan orang-orang Mostar punya rutin harian di awal pagi samaada bergerak ke tempat kerja dan tengok persiapan buka-buka kedai. Rasa lebih selamat berjalan sendiri di Mostar berbanding di Sarajevo.
 Pada waktu malam juga ada light up di sekitar kawasan Stari Most, nampak suasana magical. Rasa macam ada kat Disneyland pun ada bila ada light up sebegini. 
 Jika buat perancangan ke Bosnia dan Herzegovina, try to allocate at least 2 days stay kat Mostar memang rasa tak puas. Lagipun sekitar Mostar ini banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati juga.

Sabtu, 3 November 2018

Zavala Monestary Popovo Polje

 Terletak di lereng bukit yang menghadap pemandangan Padang Paderi (Popovo Field) terbinanya Zavala Monastery. Sebahagian monastery itu juga adalah gua semulajadi. Tetapi bahagian chambers dalam gua semulajadi tidak terbuka untuk orang awam bagi upacara keagamaan tertutup. Dari pintu gua awam Gua Vjetrinica (related posting klik sini) boleh nampak Zavala Monastery yang dibina di lereng bukit.
Rumusan sejarah mengenai pembinaan Zavala Monastery adalah seperti skrip di atas. Sepanjang perjalanan di Bosnia dan Herzegovina, Tukang Kebun perasan ada sejenis pokok bunga warna ungu cair (lilac) yang musim bunganya. Pokok bunga warna lilac ini senang tumbuh dan dijumpai di celah-celah batu seperti gambar di bawah. Geram Tukang Kebun tengok sebab warna bunga kesukaan.
 Ada juga tanya guide apa nama dia, tapi mereka tak dapat pula recall apa namanya dalam Bahasa Inggeris. Taman mini di dalam kawasan Zavala Monestry dijaga rapi. Tapi banyak juga tumbuhan liar yang datang menetap di kawasan ini.
 Menghala ke bangunan gereja ada lalu terowong buatan kecil ini yang dibina dari sejenis batu. Bila lalu sini rasa nyaman sahaja. Ada cooling effect batu ini beri perlindungan lebih-lebih lagi kalau musim panas patut ada banyak kerusi panjang disediakan untuk pengunjung-pengunjung duduk berehat lepas mendaki beberapa meter nak masuk gerbang utama. Bolehlah ambil nafas dulu sementara jantung pump kuat.
 Interior di dalam gereja Orthodox. Ada paderi sedang menjaga dengan suara yang lembah lembut sayup-sayup datang mendekati Camil tanya kami ini pelancong dari negara mana.
 Setelah keluar dari gereja menuju ke tempat letak kereta tiba-tiba kedengaran bunyi loceng yang bukan dari gereja tapi dari perkampungan berdekatan. 
 Wah seronoknya rasa dapat tengok secara live bagaimana seorang pengembala biri-biri membawa kumpulan biri-birinya turun dari kandang ke kawasan untuk meragut. Hahaha Tukang Kebun tengok excited like a kid.
 Laju juga tengok dari atas kampung, pengembala biri-biri bawa kumpulan birinya yang banyak untuk ke Padang Paderi terbentang di bawah kawasan kampung. Yang Tukang Kebun kagum tengok, biri-biri tu didikannya pandai kut, semuanya tak main jalan-jalan sebarangan di tengah-tengah jalan.. Tetapi disiplin semua menghimpit berjalan di kaki lima jalan.
 Guide kami si Camil ada berbuat jenaka kata biri-biri dekat Herzegovina tak perlu marinade dah sebab pemakanan mereka memang secara semulajadi kandungan diet banyak meragut herba. So naturally marinade. Daging biri-biri memang sedap dekat Herzegovina ini, yang bakal melawat jangan lepaskan peluang ya.
 Di luar pagar Herzegovina juga banyak terdapat tumbuhan liar. Sebagai contoh bahagia sungguh buah delima liar tumbuh merata dengan sarat dengan buahnya. Sebab awal bulan Oktober adalah musim buah delima di kawasan ini.
 Tukang Kebun gemar melawat kawasan cuaca continental atau Mediterannean masa musim luruh sebab biasanya masa ni banyak jenis musim buah dan harvest. Tak ingat bawah ini jenis tumbuhan apa tapi buah-buahnya macam ada nilai perubatan juga ini.
 Awal bulan Oktober musim bunga rosemary di Herzegovina yang tumbuh di celah-celah batu. Rosemary memang suka cuaca Mediterannean. Sebenarnya keperluan air rosemary tak banyak.
 Pokok herba thyme pun tidak ketinggalan musim bunganya yang kecil-kecil berwarna putih. Orang Herzegovina kata kalau batuk-batuk minum air rebusan thyme atau sage. Berapa kali juga Camil pesan kalau ada masa singgah beli teh sage untuk bantu legakan batuk. Sebab masa awal melawat Herzegovina Tukang Kebun masih belum baik sepenuhnya dari batuk-batuk, tekak rasa gatal je seminggu sebelum berlepas ke Bosnia dan Herzegovina.
 For pengunjung yang suka gardening mesti enjoy tengok koleksi tumbuh-tumbuhan di dalam dan di luar perkarangan Zavala Monestery di Popovo Polje ni. Tak dapat nak kongsi-kongsi gambar kesemuanya. Lupa pula yang bunga kuning ni nama herba apa. 
 Tukang Kebun suka juga lawat kawasan spiritual lebih-lebih lagi yang mempunyai pelbagai sejarah dan usia bertapaknya dah lama. Sebab biasanya kawasan spiritual ini macam mini botanical park juga ada pelbagai jenis koleksi tumbuh-tumbuhan. Malahan asas genetik pun adalah penemuan dari seorang paderi Gregor Mendel yang dapat berikan penjelasan saintifik menggunakan tanaman pea. 

Sebagai contoh tempat-tempat spiritual yang ada koleksi-koleksi tumbuhan mereka tersendiri adalah:

Kuil Shiogama, Japan - pokok sakura pelbagai jenis dan lain-lain (Klik Sini).
Kuil Motsuji - pelbagai jenis pokok iris (Klik Sini).
Masjid Bandaraya, Sabah, Malaysia - pokok buah-buahan (Klik Sini).
 Musim hujan banyak beberapa minggu ini membuatkan pokok-pokok ginseng jawa bahagia betul di Kebun Bahagia Bersama Pokok-pokok ginseng jawa pun bila dibiarkan banyak tumbuh anak-anak sukarela di celah-celah batu juga. Minggu ini meriah sungguh pokok-pokok ginseng jawa di kebun berbunga. Pokok ginseng jawa ini dari akar hinggalah bunganya mempunyai nilai perubatan. Juga enak dibuat lauk.

More info on Ginseng Jawa (Klik Sini).
Stok anak pokok ginseng jawa atau biji benih ada stok kembali.

~ 1 anak pokok ginseng jawa RM4.00 .
~ 10 fresh cuttings pokok ginseng jawa RM4.00 .
~ Approximately 250 seeds of ginseng jawa RM3.00

Sabtu, 27 Oktober 2018

Padang Paderi Herzegovina

 Perjalanan ke Gua Vjetrinaca (related posting klik sini) mata dijamukan dengan keindahan semulajadi pemandangan lembah dalam pergunungan bercuacakan Mediterannean. Pelbagai jenis tanaman pertanian di tanam di Padang Paderi ini bila diterjemahkan dari bahasa Bosnia iaitu Popovo Polje. Antara tanaman yang diusahakan adalah buah-buahan seperti anggur, cherry, peach dan epal serta pokok-pokok herba.
 Syukur Alhamdulillah cuaca pun amat tenang dan nyaman pada hari kami menikmati sepanjang pemandangan di Padang Paderi ini. Tak perlu pasang air-cond, elok buka tingkap sahaja dan tak berapa sejuk anginnya. Awal bulan Oktober nak masuk musim luruh, cuaca just nice di sini tak panas sangat dan tak sejuk sangat 
 Antara sumber air utama yang melalui lembah padang paderi ini ialah Sungai Trebisnjica yang juga adalah dikenali sebagai Sinking River. Sungai Trebisnjica adalah jenis Sinking River yang terpanjang di dunia. Sungai ini bila ke arah hilir mudah hilang kerana larut dalam tanah. Oleh itu, tak ingat sangat Tukang Kebun bila guide kami si Camil masa bagi penerangan kata zaman mereka dikuasai oleh kerajaan Yugoslavia agaknya ke yang bina dinding konkrit di tebing sungai supaya bekalan pengairan ke tempat pertanian lebih terjamin dan berterusan. Masa ni Tukang Kebun a bit distracted excited tengok pemandangan tersebut jadi tak berapa tumpu perhatian bila guide bagi penerangan. Sibuk main teka teki sendiri ni padang tanam pokok apa la begitu dalam kepala..
 Berhenti di tengah-tengah jambatan batu di gambar bawah untuk ambil gambar sungai di atas. Pastu stop sekejap di lereng bukit ambil gambar di bawah ini pula.
Jika pergi ke Sinurambi di Tambunan (related posting klik sini), pemandangannya agak berbeza apabila melihat kawasan pertanian yang diusahakan di Padang Paderi ini. Pemandangan lembah di sepanjang banjaran agak berbeza, bila di atas ni baru rasa oh I am really kat Herzegovina sekarang.
 Seronok dan teruja sangat sampai tak terasa dah urat-urat yang masih tegang duduk lama sangat dalam flight hari sebelumnya. Sungai Trebisnjica yang menjadi sumber air yang penting kepada Popojo Polje ini yang penerimaan air hujan sepanjang tahun lebih kurang dari kita. Lebih dari 60km panjang tebing sungai yang dinding dibina konkrit untuk tidak hilang sumber air bagi kawasan pertanian di Popojo Polje.
 Ada juga pelancong-pelancong yang berbasikal melawat kawasan sekitar Popovo Polji ini mengikuti jejak rail keretapi zaman dulu yang sudah tidak dipakai lagi. Kawasan sini hujan boleh kira amat jarang-jarang juga la, jadi sesuai bagi mereka yang suka aktiviti lasak boleh cuba adventure mengembara area ni dengan berbasikal.
 Selepas meneroka dalam Gua Vjeternica, kami ada melawat Zavala Monastery yang boleh nampak dari pintu masuk utama pelancong untuk Gua Vjeternica. Akan disambung kongsi ke next posting.
 Hari ini selesai sempat kemas kawasan bersebelahan di tepi parking kereta belakang sahaja. Sedang-sedang kemas ternampak pula jantung pisang pokok pisang bunga yang sedang berbunga di celah-celah pelapah daunnya. Terbayang seketika pula bagaimana kalau padang paderi ini kalau cuaca sesuai penuh dengan pokok-pokok pisang. Bagi bulan November 2018, Kebun Bahagia Bersama buat promosi untuk 3 sulur pokok pisang bunga hanya RM10 (boleh dipos laju juga).

More info pokok pisang bunga (Klik Sini).